in , , ,

Izzue Islam & Kerjaya Impiannya Dalam Telemovie CHEF GANGSTER

Menggabungkan pelakon-pelakon yang dikenali menerusi watak komedi dalam drama mahu pun filem yang pernah dibintangi mereka, pastinya penonton dijanjikan babak-babak mencuit hati dalam telemovie bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk slot Panggung Ahad.

Menerusi telemovie diberi tajuk “Chef Gangster” yang menemui penonton pada 6 Oktober ini, pukul 10.00 pagi di TV1, plot kisah komedi arahan Ismail Bob Hashim ini menampilkan Izzue Islam sebagai watak utama menghidupkan sisi cerita dikenali sebagai Fakhrul yang di asuh menjadi gangster sebaliknya bila dewasa dia berminat pula menjadi chef hingga berjaya memenangi pertandingan masakan.  

Saksikan babak komedi lakonan Syuk Sahar, Joey Daud, Ropie, Tengku Hanis dan Siti Chubby ini yang bermula dengan memperkenalkan perjalanan kisah hidup anak seorang ketua gangster yang bernama Fakhrul. 

babak dalam Chef Gangster

Satu hari oleh kerana terlalu lapar Fakhrul telah tertidur keletihan di atas sofa. Kerana kepenatan dan dalam masa sama dalam keadaan lapar, dia bermimpi belajar memasak makanan kegemarannya. Hakikatnya Fakhrul tidak pernah masuk ke dapur memasak.

Sebaik sedar daripada tidur, Fakhrul cuba mengingati resepi masakan tersebut lalu cuba untuk memasak sendiri resipi yang diperolehi dalam mimpinya itu. Dengan usaha kerasnya, Fakhrul berjaya menyiapkan masakan yang enak. Ketika itu Fakhrul baru menyedari rupanya dia ada bakat menjadi cef yang hebat. 

Apabila Fakhrul terbaca iklan pertandingan memasak, dia tanpa berlengah lagi memutuskan untuk menyertainya. Apatahlagi bila mengetahui hadiah yang ditawarkan begitu lumayan. Lagi pula dia masih mempunyai banyak masa kerana pertandingan tersebut bakal berlangsung dua bulan lagi. 

Satu hari berlaku kejadian ragut. Fakhrul yang kebetulan berada di tempat kejadian berjaya menangkap seorang peragut yang melintas di hadapannya itu. 

Sementara itu Fakhrul cuba menguji kebolehannya dengan memasak nasi goreng untuk dirasa oleh seorang pengusaha restoran dan nasibnya bertuah bila dia berjaya dan diterima bekerja sebagai tukang masak di situ. Pada masa sama bapa Nana berkenan betul pada Fakhrul kerana masakannya sedap. 

Satu hari ibu Fakhrul mengajak anak buahnya makan-makan di restoran Nana. Namun alangkah terkejutnya dia apabila melihat Fakhrul adalah tukang masak di situ. Ibu Fakhrul mengamuk besar dan marah lalu melarang Fakhrul pulang ke rumah mereka. 

Fakhrul sedih dengan tindakan ibunya. Dia rasa kecil hati namun dia nekad membuktikan dirinya bakal menjadi chef terkenal. Situasi itu menjadi pendorong Fakhrul masuk pertandingan memasak yang akan berlangsung tidak lama lagi. 

Fakhrul ketika itu dalam masa sama berusaha memujuk Nana menerima dirinya sebagai kekasih. Ikuti kesudahannya di TV1. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Stranger Things Renewed For Season 4

Senarai 20 Bakal Peserta Mentor Milenia Musim Ke-3