[dropcap]S[/dropcap]alam semua pembaca, Budiey sekarang ini masih lagi berada di Taipei, Taiwan untuk menghadiri Majlis Prebiu Media Junket bagi filem After Earth.
Walaupun sibuk dengan jadual yang agak padat di sini, Budiey masih lagi mampu mengikuti perkembangan terbaru artis di Malaysia. Antaranya berita tentang pelakon Izzue Islam yang akan berkahwin pada 2 Jun 2013 di Shah Alam.
[pullquote align=”right”]Izzue Islam bakal bernikah pada 2 Jun 2013 di Shah Alam[/pullquote]
Sebentar tadi, Budiey dihubungi sendiri oleh Izzue Islam yang mahu menjemput Budiey dan melayangkan kad kahwinnya. Budiey tidak terkejut dengan berita baik ini kerana sebelum ini, Budiey ada dengar ura-ura yang mengatakan Izzue Islam sebenarnya sudah bertunang dengan pengurusnya iaitu Awin. Namun, pada ketika itu, Izzue menafikan tentang gossip yang mengatakan beliau bertunang atas sebab dan alasan tertentu. Ada yang beranggapan, jika beliau mengakui bertunang pada ketika itu, populariti beliau akan merudum.
Sekarang, ahli kumpulan Forteen ini akhirnya mengaku dia telah bertunang dan khabar angin yang dulunya bertiup kencang itu adalah benar. Atas alasan untuk menjaga hati pihak lain, berita pertunangannya terpaksa dirahsiakan.
Berita tentang Izzue Islam ini telah pun disiarkan di Portal GUA. Izzue berkata:
“Mula-mula Izzue ingin meminta maaf kerana terpaksa merahsiakan pertunangan kami. Ini kerana saya memilih untuk tidak menghebohkan perkara ini kerana khuatir jika apa-apa terjadi. Bertunang itu tanda dan bila-bila sahaja ia boleh terputus.”
Tidak dinafikan nama Izzue kian meniti di bibir peminat-peminat wanita ketika ini, namun bagi Izzue keputusannya untuk berkahwin pada usia 23 tahun bukanlah penghalang untuknya terus mengecap populariti.
“Bagi Izzue perkahwinan itu wajib. Insyaallah perkahwinan ini tidak akan memberikan kesan kepada kerjaya saya kerana bagi saya peminat masa kini bersikap lebih terbuka.”
Izzue dan Awin sudah berkawan selama lima tahun dan bakal berkahwin pada 2 Jun ini di Shah Alam. Bagi Izzue, dia tidak pernah meletakkan umur sasaran untuk berkahwin, tetapi dia percaya kepada rezeki dan takdir yang telah disusun oleh Allah untuknya.
Budiey doakan semoga majlis nikah yang dirancang ini akan berjalan dengan lancar. Amin.