Pelakon Izara Aishah selamat melahirkan anak perempuan dengan berat 2.9 kilogram pada 15 April lalu. Berita gembira ini telah dikongsikan sendiri oleh ibu mentuanya, YM Tengku Datin Seri Zawyah Tengku Izham yang turut menzahirkan rasa syukurnya atas kelahiran cucu perempuannya itu.
Mesti comel puteri kesayangan Izara dan Adib ini mewarisi kejelitaan ibunya dan kekacakan ayahnya. Berita gembira itu dikongsikan ibu mentuanya, Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham di Instagram Stories.
“Alhamdulillah, tahniah Adib dan Izara yang dikurniakan bayi perempuan comel.
“Semoga Allah merahmati awak dan bayi yang baru dilahirkan. Saya tahu awak akan menjadi ibu yang hebat dan penyayang.
“Alhamdulillah dan tahniah juga buat kami (saya dan Siti). Cucu kami lahir dengan berat 2.9 kilogram,”
– Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham
Adib pula sudah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa dan menyifatkan puteri yang baru lahir sebagai satu rezeki yang tidak ternilai dariNya.
Anak kedua kepada ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), Adib turut memberitahu andai diizinkan, dia sebolehnya mahu memiliki lebih ramai cahaya mata selepas ini.
“Alhamdulillah berkat doa yang baik-baik dari semua, akhirnya impian kami untuk memiliki cahaya mata termakbul, insyaAllah.
Nama untuk bayi yang bakal lahir masih belum difikirkan lagi. Apa pun, jika diizinkan saya pasang impian untuk memiliki tiga atau empat orang anak,”
– Adib
Walau bagaimanapun bayi comel yang baru lahir ini sudah pasti bertuah kerana mempunyai tiga orang nenek sekali gus.
Bayangkan seorang cucu ada tiga orang nenek yang cantik dan ternama. Baik Tengku Datin Seri Zawyah mahupun Puan Safina dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Taruddin pasti teruja dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut mencoretkan ucapan tahniah menerusi insta story miliknya, “Alhamdulillah…makin bertambah ahli keluarga kita,†tulisnya ringkas. Aafiyah juga tentu gembira dengan pertambahan ‘geng’ barunya ini.
Terdahulu, Izara yang juga pelakon Ombak Rindu mengesahkan hamil enam bulan pada Januari lalu.
Pelakon drama bersiri Ombak Rindu ini telah mengikat ikatan perkahwinan pada 17 November 2017. Majlis resepsi pasangan ini cukup eksklusif apabila memilih tema klasik dan telah direalisasikan oleh perancang perkahwinan terkenal tanah air, Dato’ Rizalman Ibrahim.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Izara dan Adib semoga kehadiran puteri comel ini akan menyinari lagi kebahagiaan berumah tangga.