Di Sidang Media ABPBH2009 semalam juga, satu penyampaian hadiah diadakan untuk pertandingan Undian SMS untuk Best Dressed… dan pemenangnya adalah… IZ OIAM yang mengenakan pakaian daripada rekaan Hatta Dolmat. Tahniah IZ.
Kata IZ, tentunya dia rasa happy sebab dah menang 2 kali. Hari tu, IZ dah menang Best Dressed pilihan juri ABP. Kiranya IZ dapat hadiah berganda dengan menerima barangan kemas sumbangan Rafflesia berjumlah RM20,000!!! Banyak tuuuuu…
Ditanya tentang apa maksud Puncak Kegemilangan – Tema ABP2009 kali ini pada IZ…
“Bagi IZ, puncak kegemilangan itu bermaksud apabila seseorang itu mencapai satu tahap kejayaan selepas berusaha sedaya upaya untuk berjaya. Makna kejayaan adalah berbeza dari satu individu ke individu yang lain. Sesuatu kejayaan itu tidak bermakna ianya perlu ditunjuk-tunjukkan atau dibuktikan pada khalayak, tetapi ianya lebih bermakna apabila individu itu sendiri puas dengan hasil usaha mereka sendiri tanpa perlu membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Kejayaan sebegitu lebih bersifat jujur dan ‘real’ “
Baru-baru ini, duta terbaru produk-produk I.T. TOSHIBA ini telah buat persembahan pembukaan baru-baru ini di MIFA FantastiqueMen untuk jenama MadMub dan diberi penghormatan oleh pereka muda Amir Luqman untuk berjalan di pentas catwalk bersama-sama Nora Danish & Intan Ladyana.
Selain itu, IZ yang juga juga duta jam tangan NOOKA New York ini akan ke Bangalore, India untuk membuat persembahan sempena sambutan Tahun Baru di sana pada hujung Disember ini. Rancangan di 2010 adalah terpilih untuk menjayakan persembahan-persembahan di Chennai, Hyderabad, New Delhi, Mumbai dan Cannes (France) bagi mempromosikan runut bunyi bagi filem ‘Mokumentari’ pertama dari India yang berjudul The Successor: Private & Confidential.
Untuk tahun 2010, rezeki nampaknya tak putus-putus menanti penghibur ini…
Selain akan menjalani penggambaran iklan yang berbentuk filem pendek bagi produk makanan Munchy’s, IZ juga akan melancarkan single Inggeris yang bertajuk A.L.O.N.E hasil kolabarasi bersama AJ Pop Shuvit pada bulan ini, di ikuti dengan pelancaran single Melayu awal 2010.
Akan terlibat dengan kempen Anti Merokok pada tahun 2010 dan akan buat persembahan Hong Kong Fashion Week.
Dan yang pastinya, IZ juga telah bersetuju untuk buat persembahan di Parti Ulangtahun ke-3 Sensasi Selebriti yang akan diadakan pada 9 Januari 2010 nanti! Terima kasih IZ!
Layari: www.iz-one.com.