Wah! Siapa kata IZ OIAM sekarang dah lari dari konsep? Baru-baru ini, masa AJL, Budiey ada terbaca komen dari pembaca. Kata mereka, IZ OIAM dah tak macam dulu dalam bergaya. Sekarang dah suka pakai baju sporty ala baju tidur. Itulah cakap-cakap belakang, Kata mereka lagi, IZ sekarang dah tak kemas dan trendy macam dulu.
Namun, segala kejian dan cakap orang bagaikan lalang ditiup angin. Ramai tak sangka, apabila nama IZ OIAM dinobatkan sekali lagi sebagai BEST DRESSED untuk artis lelaki di Parti Ulangtahun Ke-3 Murai.
Tahniah IZ. Dia sempoi habis malam tu. Kata IZ, tema Fabulous 80an yang ditonjolkan memang lain dari yang lain. Apa yang IZ pakai ialah sepasang sut sukan seperti baru orang nak keluar berjogging. Tapi menurut IZ pakaian ini dipakai oleh grup rappers zaman 80an. IZ memang bijak buat homework tentang fesyen kat rumah. Kena fikir betul-betul untuk tampil bergaya.
Budiey pun tertanya-tanya, apa pula yang IZ akan pakai untuk Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com nanti ya. Tema kita ialah Merah dan Putih.