Budiey nak ucapkan tahniah buat penyanyi IZ OIAM kerana telah memenangi Best Dressed Male di Parti EH! Yang Anggun 2009 dan Majlis Ulangtahun Majalah EH! ke-10 yang diadakan di Centro Sooka Sentral. Pelakon Ainul Aishah telah berjaya merangkul trofi Best Dressed Female. Tahniah Ain!
IZ juga adalah sponsor untuk jacket Black Tie untuk Budiey di Anugerah Blog Asia Pacifik yang lalu. Lain kali boleh kasi ‘sponsor’ lagi ya. Terima kasih banyak-banyak IZ!
Berkat tolong kawan-kawan dan IZ memang pun seorang yang stylish. Ini adalah kali kedua IZ memenangi anugerah sebegini selepas kememangan pertamanya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang lalu. Tahniah sekali lagi. Kredit Foto: Shamsul Bahrine