in

IZ OIAM Bawa Pulang 3 Emas dari WCOPA 2010

Tahniah buat penyanyi IZ OIAM kerana telah mengharumkan nama Malaysia di World Championship of Performing Arts (WCOPA) yang ke-14 di Hollywood. Beliau telah menyumbangkan 3 pingat emas, 2 silver dan 1 gangsa dan dua Champion of the World Division Winner Awards untuk Malaysia.

IZ telah berjaya melayakkan diri dan memboloskan diri ke final selepas melepasi peringkat pertama dan semifinal. Ketika siaran final, pertandingan ini disiarkan secara langsung menerusi streaming ke seluruh dunia dari Hotel Westin Bonaventure di Downtown Los Angeles.

Pastinya IZ rasa sangat bangga kerana beliau dapat menewaskan peserta lain yang datang dari lebih 40 buah negara. Boleh dikatakan semuanya hebat-hebat. Ternyata, pengalaman ini sangat berharga buat penyanyi ini.

Malaysia menduduki tempat ke-5 dari segi pungutan pingat emas walaupun rombongan Malaysia hanya ada 13 orang peserta di mana 12 orang daripadanya dapat masuk final. Kalau nak dibandingkan dengan negara lain seperti Afrika, USA dan Ireland yang menghantar 200 orang peserta, jadi, pasukan Malaysia lebih kecil.

Pada acara perasmian WCOPA, Malaysia berjaya meraih tempat kedua dalam acara perbarisan.

Penyertaan Malaysia pada tahun ini berdepan dengan cabaran yg lebih sengit berbanding tahun 2009 kerana pada tahun lepas virus H1N1 membuatkan ramai peserta membatalkan penyertaan mereka di saat akhir.

Ini keputusan penuh WCOPA: Afrika Selatan(57 emas),USA(46),Ireland (32),Australia(19),Msia(16),Sweden(13),Rusia(12),Filipina(12),Canada (9).

Dr Rais berkata kementerian akan memberi peluang kepada mereka membuat persembahan dalam Program Merakyatkan Seni. Pihak kementerian bercadang untuk membawa pemenang ini mengikut giliran ke kampung menerusi Program Merakyatkan Seni. Program pertama ke Selangor pada 6 Ogos. Orang ramai boleh bertemu dan melihat lebih dekat apakah jenis bakat yang ditonjolkan di Los Angeles.

Dalam perkembangan berkaitan, Rais berkata kementeriannya akan memohon peruntukan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) bagi menyemarakkan lagi pembangunan industri kreatif negara. Oleh kerana kekurangan tajaan, WCOPA tahun depan akan dibiayai menerusi RMK-10.

Dalam pertandingan itu Malaysia memperoleh 41 pingat dan dari jumlah itu pasukan negara memperoleh 18 pingat emas, 17 perak dan enam gangsa daripada 47 pertandingan pelbagai kategori seperti vokal, instrumental, peragaan dan tarian.

Setelah pulang ke tanahair, IZ kini sudah ada perancangan untuk bekerjasama dengan beberapa penerbit dari Los Angeles setelah mendapat perhatian dari agensi-agensi di sana. Dengarnya, satu tawaran akan dijayakan lewat tahun 2011 nanti.

Lagu-lagu baru dari produser di LA ini akan IZ masukkan ke dalam album GEMINI yg masih dalam pembikinan dan sudah 60 peratus siap. Jadi, sekarang ini IZ sedang sibuk merakamkan album terbarunya.

Video persembahan IZ masa The Star CHEER 2010 Finale, Putra Stadium B. Jalil yang lalu:

Lagu Jauh:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Impian 1Malaysia Pos Malaysia

Suria FM Beri Hadiah Kepada Pemenang Lagu Berduit