Memetik dari berita yang disiarkan di Berita Harian, Aiman Tino enggan untuk terus membiarkan spekulasi bertebaran di warganet. Penyanyi remaja Aiman Tino akhirnya bersuara dan menafikan lelaki dalam video panas yang tular di laman maya itu ialah dirinya.
Selepas melihat sendiri rakaman video kontroversi yang dimaksudkan, Aiman berkata, bentuk badan remaja itu tidak mempunyai persamaan dengan susuk tubuhnya.
“Sebelum ini, saya hanya dimaklumkan mengenai rakaman video itu oleh rakan dan pihak pengurusan. Tetapi, selepas melihat sendiri rakaman itu, saya ingin tegaskan, individu dalam video panas itu bukan saya.
“Saya juga tidak mempunyai perut ‘six packs’ seperti individu itu. Saya tahu ramai membangkitkan mengenai hiasan yang sama dengan bilik saya, tetapi imej itu boleh disunting.
Saya harap, isu ini tidak lagi diperbesarkan dan netizen juga tidak mudah percaya dengan cerita sensasi yang sengaja disebarkan tanpa usul periksa,”
– Aiman Tino
Pada masa sama, Aiman berkata, isu itu bukan hanya memberikan impak kepada kerjaya, malah keluarganya turut menerima tempias.
“Saya juga tidak mempunyai perut ‘six packs’ seperti individu itu.”
Kelmarin, video seorang jejaka mirip penyanyi remaja itu melakukan aksi kurang sopan dalam sebuah bilik tersebar, seterusnya mencetuskan perdebatan peminat di laman sosial.
Terdahulu, pengurus Aiman, Zamani Zafs memaklumkan, penyanyi itu memohon diberikan ruang kerana masih terkejut, apatah lagi belum pernah berdepan isu yang boleh mencemarkan reputasi sejak mencipta nama dalam bidang seni.
Sementara itu, ibu Aiman, Hazelina Mat Jalil ketika dihubungi pula menyerahkan kepada anaknya untuk mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan isu itu.
Sumber: Berita Harian