Terbaru, penyanyi lagu Comel Pipi Merah yang ditujukan khas buat anak sulungnya Siti Aafiyah itu telah mengumumkan jantina anak dalam kandungannya sewaktu membuat rakaman LIVE di Shopee Mamak hari ini.
Rakaman yang berdurasi beberapa minit itu telah dimuat naik oleh beliau sendiri di laman Instagram miliknya sehingga mengundang perhatian ramai.
“Alhamdulillah, moga sihat, sempurna dan menjadi anak soleh. Allah kurnia sepasang yang sangat bermakna. Doakan saya sepanjang kehamilan hingga saat melahirkan nanti,”
– Siti Nurhaliza
Meninjau ke rungan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan Dato’ Siti Nurhaliza.
Semoga Allah Permudahkan Kelahiran Anak Ke-2 Tokti
Turut dikhabarkan, nama yang akan diberi kepada anak lelaki mereka nanti bermula dengan Muhammad dan diawali dengan huruf A.
Alhamdulillah. Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza dan suami, Dato’ Sri Khalid bin Mohamad Jiwa atas perkhabaran tersebut. Dah tentu Aafiyah happy dapat adik lelaki ni.
Siti Bakal Timang Anak Lelaki
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 41, bakal menimang cahaya mata lelaki pada April, tahun depan.
Penyanyi lagu Kuasa Cintamu itu berkongsi jantina anak yang bakal dilahirkan menerusi Kempen Shoppee Live 12.12 Birthday Sale secara maya, hari ini. Turut serta, suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K.
“Alhamdulillah, impian inginkan sepasang cahaya mata akan menjadi kenyataan, tidak lama lagi. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan ini,” katanya yang kini hamil hampir lima bulan.
Siti berkata, anak sulungnya, Siti Aafiyah teruja bakal mendapat adik.
“Aafiyah, anak yang bijak. Apabila diterangkan akan mendapat adik, dia seakan faham. Malah, apabila ditanya mana adik, pantas ditunjuk ke perut saya dan menciumnya.
“Dia paling seronok nak dapat adik. Aafiyah, jenis yang suka kanak-kanak, tak kira kecil mahupun besar daripadanya.
“Jika ada anak kecil datang ke rumah, Aafiyah tidak segan buat kawan dan mengajak mereka main bersama-sama,” katanya.
Berbanding awal trimester kehamilan, Siti berkata, dia cepat penat dan lemah.
“Nak bersiap pun jadi malas. Bagaimanapun, sekarang ini, sudah sedikit cergas. Tak mabuk dan loya lagi. Saya bolehlah turut serta dalam acara seperti kempen Shoppee ini.
“Saya bersyukur tidak mengidam bukan-bukan dan pelik sejak kehamilan Aafiyah hingga anak kedua ini. Semuanya masih terkawal, cuma saya tak boleh jamah makanan pedas sejak hamil Aafiyah dan anak kedua ini. Sedangkan, saya jenis suka makanan pedas,” katanya.
Sementara itu, Datuk K mendedahkan anak lelak yang bakal dilahirkan juga akan dinamakan dengan permulaan nama Mohamad, diikuti huruf A.
“Saya sudah ada empat cahaya mata lelaki dan seorang perempuan. Nak tambah lagi seorang lelaki.
“Insya-Allah, nama anak kami akan dikongsi selepas tujuh hari kelahirannya nanti,” katanya.
Pada acara sama, produk SimplySiti turut mengumumkan kerjasama dengan syarikat kosmetik, Nr Cosmetics, milik jurusolek serta saintis, Nuex Rosli yang mengeluarkan produk dua dalam satu.
Produk jenama Siti yang sudah 10 tahun berada dalam pasaran di bawah kempen SimplySiti Di Hati turut menyertai kempen amal yang dianjurkan platform beli-belah berkenaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
*Sumber: BH Online
Siti Nurhaliza Hamil Anak Lelaki
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan dia sedang hamil bayi lelaki.
Siti Nurhaliza, 41, berkata, dia sememangnya mengharapkan anak lelaki dan bersyukur apabila Allah memakbulkan doanya itu.
“Semestinya saya gembira dapat anak lelaki. Tetapi apa yang saya doakan agar kelahiran ini dipermudahkan dan bayi lahir dalam keadaan sihat walafiat,” katanya.
Siti Nurhaliza mengumumkan berita gembira itu ketika siaran langsung di aplikasi e-dagang, Shopee secara eksklusif sebentar tadi.
Awal Disember lalu, Siti Nurhaliza mengumumkan dia sedang hamil empat bulan selepas menjalani proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF).
Sementara itu, Siti Nurhaliza juga mengumumkan bakal menamakan anak bermula huruf A selepas tujuh hari kelahiran sama seperti puteri sulung, Aafiyah.
Suri hati Malaysia ini berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006 dan dikurniakan puteri sulung, Siti Aafiyah yang juga hasil proses IVF selepas 11 tahun menantikan anugerah Tuhan terindah itu.
*Sumber: UTUSAN ONLINE
Siti Nurhaliza Bakal Timang Bayi Lelaki, Mahu Letak Nama Awalan Huruf ‘A’
Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki menerusi kehamilan keduanya ini.
Pengumuman jantina bayi itu dibuat secara langsung menerusi sesi live ‘Love With Datuk Seri Siti Nurhaliza’ di aplikasi Shopee yang turut ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa.
Dalam sesi live itu juga, suaminya turut memaklumkan bayi berkenaan akan diberikan nama dengan awalan huruf A.
“Semua anak lelaki (saya) bermula dengan Muhammad. Nanti di awalnya selepas itu huruf ‘A’ lah,” katanya.
Dalam pada itu, Siti memberitahu dirinya kini tidak boleh lagi mengambil makanan yang pedas seperti kebiasaan.
“Saya tak adalah nak mengidam makan makanan yang bukan-bukan atau yang susah nak dapat. Cuma, perbezan paling ketara yang saya rasa sebelum dan semasa hamil ini, saya dah tak boleh makan pedas.
“Walhal sebelum ini, saya suka sangat makan makanan pedas. Bila mengandung ini, tak boleh pula. Jadi, bila makan itu rasa tak puas. Bilik tanya nak makan apa..hanya makan sup sahaja,” katanya.
Terdahulu, Siti Nurhaliza mengumumkan hamil empat bulan selepas sekali lagi menjalani rawatan IVF untuk kehamilan keduanya.Siti mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Jiwa pada 21 Ogos 2006
.Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata sulung Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.
Sebagai info Siti Aafiyah merupakan cahaya matanya yang lahir pada 19 Mac 2018 hasil persenyawaan in-vitro (IVF).