Terbaharu, Hetty mendedahkan jantina bayi sulungnya itu dalam ‘reveal gender party’ yang diadakan semalam.
Hetty yang juga bintang Gegar Vaganza musim kelima itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Hetty memuat naik foto dan video sepanjang parti tersebut.
Ketika majlis tersebut, suaminya memecahkan belon untuk mendedahkan jantina bayi mereka.
Hetty dijangka akan melahirkan puteranya itu pada Januari tahun hadapan.
Sebenarnya, Hetty sudah lama menantikan saat untuk bergelar ibu. Itu perkara yang normal dirasai oleh pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga.
Cuma rezeki belum tiba dan kali ini, tahun ini, Allah memberi rezeki kepada Hetty yang sedang berbadan dua.
Segala kegembiraannya itu dikongsi dan dimuat naik dalam media sosial Instagram (IG) @hettysarlene_oakes
Beliau dan suami, Daniel Oakes ternyata amat teruja bakal menimang cahaya mata pertama mereka.
Apabila Hetty berbadan dua, adalah ragam si ibu mengandung. Namun, kata Hetty, Daniel amat mengambil berat tentang keadaan dirinya.
Bahkan suaminya yang berbangsa British itu akan memastikan dirinya dalam keadaan selesa terutamanya pada waktu malam.
“Saya ada masalah untuk tidur waktu malam. Saya amat sayangkan kamu. Terima kasih kerana mengambil berat saya dan kandungan,”
– Hetty Sarlene
Kata Hetty lagi, beliau yakin suaminya itu akan menjadi seorang ayah yang terbaik bagi anak-anak mereka.
Hetty mendirikan rumah tangga dengan Dani atau nama asalnya, Daniel Oakes yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Sangsi Asmara dan Demi Cinta Kita itu kembali memeriahkan industri hiburan tempatan selepas menyertai program Gegar Vaganza 5.