in

Isya Riana Pilih Syazwan Zulkifli Sebagai Jodohnya?

Plot kisah ini menghidupkan drama bersiri “Cinta Kalut” dibintangi oleh Syazwan Zulkifli, Isya Riana, Nazeera Sardi, Aprena Manrose, Norkhiriah, Liza Abdullah dan Kuna mengisi slot Sitrus di TV1 mulai 4 Mei ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.30 tengah hari.

Nur Ain ditipu Ben, janji kahwin tetapi Ben menghilang di hari perkahwinan mereka, membawa lari wang yang dipinjamkan Nur Ain untuk mas kahwin dan perbelanjaan kahwin. Ibunya Nur Ain, Peah memang curiga pada penampilan Ben sejak kali pertama diperkenalkan kepadanya oleh Nur Ain. Ben gemar menunjuk-nunjuk kemewahannya. Demi sayang dan tidak mahu melihat Nur Ain kecewa, Peah tabahkan hati hati supaya berbaik sangka pada Ben. 

Selepas tak jadi kahwin, Nur Ain kecewa, tidak lagi percaya pada mana-mana lelaki dan berazam tidak akan kahwin sampai bila-bila. Itu membuatkan Peah risau lalu meminta bantuan Siti Nur dan Huda untuk memujuk Nur Ain.

POSTER CINTA KALUT

Peah, ibu tunggal yang mengusahakan kedai bunga segar. Menjadi kewajipan bagi Peah menziarah pusara suaminya. Situasi itu membuatkan Nur Ain sering menasihatkannya supaya teruskan hidup. Satu hari Peah berkenalan dengan Zul, lelaki yang kematian isteri. Sifat keibuan Peah membuatkan Zul jatuh cinta. Namun sebaliknya Peah mahu menjodohkan Zul dengan Nur Ain. Sebaliknya Zul menyangka Peah membalas cintanya. Namun Nur Ain jadi marah bila mengetahui Zul mencintai ibunya. Peah menolak lamaran Zul. 

Nur Ain kemudiannya mengenali Reza, usahawan muda berjaya, yang turut menjual insuran. Dia jatuh cinta pada Reza namun hatinya yakin semua lelaki tak boleh dipercayai. Reza berusaha menambat hati Nur Ain. Demi mendapatkan cinta Nur Ain, Reza turut berkawan rapat dengan Huda dan Siti Nur. Melalui Siti Nur dan Huda dia dapat mengenali Nur Ain lebih dekat.

Huda, Siti Nur dan Nur Ain sahabat baik tetapi Siti Nur sering cemburu pada Nur Ain. Siti Nur sanggup melakukan apa sahaja termasuklah dia menjadi punca Ben tinggalkan Nur Ain. Siti Nur fitnah Nur Ain konon ramai teman lelaki.  Kerana Ben jenis lelaki memburu duit perempuan, Siti Nur berbohong konon dia lebih kaya dari Nur Ain. Siti Nur putuskan perhubungan mereka dan Ben ditangkap atas kesalahan menipu.

Siti Nur dilahirkan dalam keluarga susah. Ibunya, Pijah mengusahakan kedai cuci kereta kecil-kecilan.  Pijah sentiasa mengawal gerak geri Siti Nur agar anaknya tidak salah memilih suami. Pada masa sama Pijah rasa tercabar dengan Lela yang pernah merampas suaminya dan nekad mengubah imej kampungnya. Tanpa diduga Pijah bertemu bekas teman lelakinya zaman sekolah.   

Hakikatnya tidak seindah yang disangka. Perubahan Pijah membuka jalan lelaki itu mengambil kesempatan kepadanya. Pijah hampir kahwin tetapi akhirnya dia sedar, dia hanya diperalatkan lelaki. Dia hanya mahu menumpang harta Pijah. Pijah putuskan memilih Siti Nur dan menolak teman lelakinya. 

Huda pula gadis lurus dan sering menjadi orang tengah antara Nur Ain dan Siti Nur. Kerana sifat Huda itu, dia diperdaya Mokhtar. Huda menjalin hubungan cinta dengan Mokhtar tanpa pengetahuan sesiapa. Mokhtar minta agar perhubungan mereka dirahsiakan konon untuk kejutan walhal dia takut diketahui isteri. Huda tidak tahu Mokhtar adalah bapa tiri Siti Nur. Siti Nur pula hairan mengapa Huda merahsiakan teman lelakinya.

Huda gemar mengemaskini laman sosial miliknya dan berharap mahu menjadi ‘instafamous’. Ibunya Milah tidak gemar perangai menggedik Huda itu tetapi Huda menyatakan itu salah satu cara promosi ke atas kedai makan mereka. Milah mengusahakan kedai masakan Minang. Milah akhirnya menyokong minat Huda untuk menjadi terkenal.

Satu hari Mokhtar singgah minum di kedai makan Milah dan terbongkar rahsia hubungan lelaki itu dengan anaknya, Huda. Milah membantah keras. Huda ajak Mokhtar kahwin lari. Mokhtar beri alasan, tiada wang sebaliknya Huda sanggup memberi pinjam wangnya sebagai perbelanjaan mereka nikah di sempadan. Namun ketika itu terbongkar cerita Mokhtar adalah bapa Siti Nur.  Huda sedar dan insaf tidak akan mudah percaya pada lelaki.

Nur Ain, Siti Nur dan Huda masing-masing nekat tidak mahu fikirkan pasal lelaki dan kahwin. Mereka lebih senang membujang seperti Pijah, Peah dan Milah dan mahu menjadi usahawan wanita berjaya. Tetapi ke tiga-tiga itu itu bimbang.  Mereka mahu anak gadis mereka berkeluarga. Lalu apakah kesudahannya? 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

May Your Month Be Amazing With Fantastic Orchestral Offerings At Dewan Filharmonik Petronas

Datuk Aaron Aziz Lancar Koleksi Street Wear Hombre 21, Setiap Koleksi Ada Kisah Tersendiri