Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ):
SECARA LANGSUNG bersama Datuk Seri Ong Tee Keat
Saksikan ntv7 untuk perbincangan eksklusif SECARA LANGSUNG tentang isu penuh kontroversi – Zon Bebas Pelabuhan Klang bersama Menteri Pengangkutan pada hari Isnin, 20 Julai, 10.00 malam
ntv7 akan memaparkan perbincangan eksklusif yang julung kalinya diadakan bersama Datuk Seri Ong Tee Keat berkenaan isu hangat – Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Program khas ini dihoskan oleh penyampai berita Mandarin 7, Lee Siad Huey dan bersiaran pada hari Isnin, 20 Julai, 2009 pada jam 10.00 malam di ntv7.
Sebuah laporan audit yang dikeluarkan oleh PriceWaterhouseCooper pada penghujung bulan Mei telah mendedahkan pertambahan kepada kos asal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang yang telah menimbulkan kemarahan di hati rakyat. Menteri Pengangkutan Malaysia dan Presiden MCA sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa, kerajaan akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap skandal PKFZ yang membabitkan pinjaman sehingga 4.6 billion itu.Â
Sesi perbincangan secara langsung ini akan bertindak sebagai platform untuk rakyat memahami isu ini dengan lebih mendalam. Di samping itu, rakyat turut berpeluang untuk menelefon ke studio dan mengutarakan soalan mahupun pendapat mereka kepada Menteri Pengangkutan mengenai isu yang telah menjadi perdebatan orang ramai ini di talian 1 800 886 636 semasa rancangan bersiaran SECARA LANGSUNG di ntv7.Â
Jangan lepaskan peluang untuk menonton sesi perbincangan secara langsung bersama Datuk Seri Ong Tee Keat mengenai isu yang sememangnya dekat di hati rakyat Malaysia pada hari Isnin, 20 Julai, 10.00 malam, hanya di ntv7!