in , ,

Isu Tarian Gelek Punggung Bersama Ifa Raziah, Aliff Syukri Mohon Maaf

“Hidup Ni Dik perlukan Lawak, Bukannya Ada Adegan Ramas-Meramas Pun!”- Isu Tarian Punggung, Aliff Syukri Mohon Maaf

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri memohon maaf sekiranya tindakannya bersama penyanyi Ifa Raziah menari tarian gelek punggung baru-baru ini membuatkan ramai pihak berasa kurang senang.

Kata Aliff, tarian itu hanyalah sekadar gurauan kerana pada ketika itu mereka sedang merakam video untuk di muat naik di TikTok.

“Saya minta maaf lah kalau tarian tu menyebabkan anda marah. 
“Hidup ni dik perlu lawak, perlu manja hanya bergurau. Bukannya ada adegan ramas-meramas punggung pun, atau pegang-memegang betul tak?,”

– Datuk Seri Aliff Syukri
MAJLIS AQIQAH ANAK ALIFF SYUKRI

Aliff berkata demikian ketika ditemui pada majlis Kesyukuran dan Aqiqah serta Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya pada Sabtu.

Meskipun begitu, pelantun lagu Abang Nak Tegur itu berkata, tarian itu bergantung kepada tafsiran individu masing-masing.

“Saya minta anda fikir positif je lah… Lagipun video tu kami buat TikTok sebenarnya.
“Jadi nak cakap macam mana pun saya tak tahu. Sama juga macam kita menari lagu Flower dari Jisoo Blackpink, kalau anda fikir negatif maka negatif lah jadinya begitulah sebaliknya,”

– Datuk Seri Aliff Syukri

Terdahulu, isu tarian punggung bersama Ifa Raziah menerima pelbagai respons negatif dalam kalangan netizen.

Sehinggakan, ada yang menganggap tarian tersebut lucah dan menjijikkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Genting Malaysia Berhad Meraikan 37 tahun Resorts World Awana

Karnival Jom Heboh Sempena Sambutan Ulang Tahun TV3 Ke-39