in ,

Isu Selisih Faham Sharnaaz Ahmad Buat Laporan Polis

Pelakon Sharnaaz Ahmad telah pun mengesahkan beliau sudah buat laporan polis di Balai Polis Jinjang, Petaling Jaya sekitar jam 9.15 malam kelmarin, 25 Februari 2014. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi Harian Metro telah mengesahkan menerima laporan dari Sharnaaaz.

sharnaaz-ahmad-geng

[dropcap]D[/dropcap]alam satu laporan di Portal Murai, pelakon yang membintangi drama Bukan Aku Tak Cinta, itu mendakwa tuduhan Lisdawati yang mengatakan beliau menyerang pelakon wanita itu di lokasi adalah fitnah semata-mata kerana dia masih boleh berfikiran waras untuk bertindak di luar jangkaan. Sharnaaz berkata ibunya juga seorang wanita dan tak mungkin dia boleh bertindak kasar terhadap wanita hamil seperti Lisdawati.

“Saya tak bodoh nak serang atau pukul wanita hamil walaupun dalam keadaan marah kerana ibu saya juga seorang wanita Lisdawati nampaknya telah memfitnah saya. Saya tidak menyerangnya di lokasi. Tapi saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai ini kerana saya bukan seorang yang suka menggunakan media untuk menyelesaikan masalah. Saya tidak mahu cakap banyak, hanya orang produksi dan yang berada di lokasi sahaja tahu.”

Sementara itu, dalam Harian Metro yang disiarkan pada hari ini, Sharnaaz mahu pasangan itu meminta maaf dalam masa seminggu dan tidak teragak-agak untuk saman Lisdawati dan Fauzi Nawawi jika tidak berbuat demikian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mira Fana Dipilih Sebagai Artis Jemputan di Konsert Teaterikal Suara Kita

Sharnaaz Ahmad Mahu Lisdawati & Fauzi Nawawi Minta Maaf