Ibu kepada selebriti terkenal Neelofa, Datin Noor Kartini tampil membuat permohonan maaf di atas keterlanjuran kata-katanya yang mengkritik sistem Raja Berpelembagaan di Instagram Storynya, hari ini.
Menerusi hantaran yang dibuatnya itu, Kartini menulis
Ia seterusnya menjadi tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.
Susulan daripada itu, dia kemudiannya memadam hantaran berkenaan dan segera menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.
“Berhubung tangkap layar daripada media sosial (IG Story) saya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia, saya ingin jelaskan perkara tersebut berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses kepada sosial media (Instagram) saya.”
– Noor Kartini
Ujar Kartini, dia juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail berhubung perkara tersebut dan akan memberi kerjasama sepenuhnya.
Dia juga dalam pada itu turut memohon maaf di atas keterlanjuran kata dan perbuatan terhadap Istana Negeri Johor terutamanya kepada DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga diraja.
Terdahulu, tular di media sosial Twitter apabila netizen beramai-ramai berkongsikan tangkap layar yang diambil akaun Instagram Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar yang berkongsi visual dari Instagram Stories Noor Kartini.
“Sesungguhnya adab itu tidak akan boleh didapati dengan jual beli akan tetapi ia adalah suatu yang terbit dalam hati setiap insan yang dididik dengan baik.
“Bukanlah fakir itu orang yang tiada emas atau pun harta tetapi fakir itu orang yang tiada adab juga akhlaknya,”