Menerusi satu temu bual bersama Budiey, DDNK berpendapat Syamsul boleh menyelesaikan kemelut yang dihadapinya bersama isteri petamanya, Puteri Sarah dengan cara yang baik.
“Isu perkahwinan Syamsul dengan Ira bagi saya sebenarnya boleh diselesaikan dengan baik. Nasihat saya kepada syamsul adalah dia kena tahu apa matlamat dalam kehidupan. Dia perlukan pasangan yang boleh menyokong matlamat kehidupan dia.
“Syamsul banyak persamaan dengan saya, kita masing-masing ghairah dengan kerjaya. Kadang-kadang habiskan banyak masa lebih 200 peratus,” katanya.
Dalam pada itu, DDNK tidak menggalak berlakunya perceraian serta memberi nasihat supaya membuat pilihan bijak. Ujarnya lagi, berpisah itu bukanlah satu pengakhiran kerana mungkin ianya jalan terbaik.
“Pilihlah yang terbaik antara dua orang itu, sebab perempuan ini pun ada dua jenis. Satu jenis yang banyak pakai logik, satu lagi banyak pakai emosi.
“Yang pakai logik mungkin dia lebih dominan, agresif. Yang emosi dia lebih rilek. Jadi susah untuk kita ada dua-dua ni sekali. Nasihat saya kepada Syamsul, kalau boleh pilih la elok-elok. Bukan saya menggalakkan penceraian, kalau terpaksa bercerai, kemudian kita terpaksa buat.
“Kadang-kadang penceraian ini boleh membahagiakan kita lagi, penceraian bukan kiamat, pengakhiran. ia permulaan dan perjalanan yang baik,” katanya.
Sementara itu, DDNK turut menzahirkan ucapan terima kasih buat bekas isterinya, Datin Hasmawati yang pernah bersusah payah dengannya sebelum ini serta mendoakan agar wanita itu bertemu lelaki lebih baik daripadanya.
“Terima kasih kepada bekas isteri saya, Datin Hasmawati yang telah bersusah payah bersama saya sebelum ini dan bersedia untuk move on. Saya doakan beliau akan dapat jumpa orang lebih baik daripada saya.
“Terima kasih juga kepada isteri saya yang sekarang, yang manja, Datin Puan Nur Erni kerana sanggup terima saya seadanya. Tak banyak karenah, tak banyak pening kepala dan faham kerjaya saya,” katanya.