in , ,

Isu Pakej 500Mbps, TM Dapat Surat Amaran Akhir Daripada SKMM

Gambar Hiasan

Sebelum ini pengendali rangkaian dalam negara, TM telah dilaporkan menurunkan kelajuan muat naik bagi pakej unifi 500Mbps, iaitu dari 200Mbps kepada 100Mbps.

Namun begitu, pihak TM menyatakan kadar kelajuan awal tersebut adalah kesilapan dan kadar itu telah diperbetulkan pada kesemua medium pemasaran dan promosi mereka.

unifi

Susulan daripada isu tersebut, pihak SKMM telah mengeluarkan kenyataan untuk menyiasat aduan pengurangan pakej unifi terbabit yang berbeza dari tawaran awal.

Terbaru, SKMM menerusi akaun media sosial mereka menyatakan surat amaran terakhir telah diberikan kepada pihak TM berhubung kekeliruan iklan pakej unifi.

Kegagalan untuk mematuhi Surat Amaran Akhir ini boleh menyebabkan tindakan diambil dibawah Seksyen 242, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ia memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih dua (2) tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Berita Baik Untuk Rakyat! Menteri Kewangan Umumkan Tarikh Permohonan BPN 2.0

Salammusik Lancar Video Muzik Single Berjudul MOLEK