in ,

Isu Pakai Tudung Raja Azmi Tetap Dengan Pendirian

Dalam laporan sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan penerbit kontroversi, Raja Azmi tetap dengan pendiriannya mengenai isu pemakaian tudung. Katanya, pemakaian tudung merupakan pilihan masing-masing tetapi hal ini melibatkan keikhlasan hati, kita perlu betulkan perkara asas seperti solat lima waktu dahulu.

raja-azmi-tunang

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan kesediaannya bertudung selepas menunaikan umrah baru-baru ini telah menerima pelbagai reaksi negatif.

Hujung minggu lalu, penerbit filem ‘… Dalam Botol’ ini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan berbunyi:

“Kalau betul tak pakai tudung satu dosa yang amat besar sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka, Kak Mi tak boleh terima semua itu.”

Ada yang beranggapan, kenyataan Raja Azmi yang juga selesa dipanggil Kak Mi itu sebagai kurang waras dan cetek ilmu agama. Sementelah memakai tudung atau menutup aurat itu merupakan suatu kewajipan yang nyata untuk setiap wanita beragama Islam.

Begitupun, Kak Mi berkata, beliau telah bersedia pada bila-bila masa untuk memakai tudung dan berusaha untuk melakukan perubahan tersebut sedikit demi sedikit demi kebaikan saya.

“Bagi saya, apa yang perlu ditekankan buat masa sekarang adalah perkara asas dahulu. Saya perlu tunaikan solat lima waktu dengan teratur terlebih dahulu. Kalau solat lima waktu pun compang-camping, macam mana hendak melakukan kebaikan lain”, ujarnya yang sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman orang ramai.

sumber : Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri KARMA SIRI 2 Lakonan Fezrul Khan

Aliff Aziz Jawab Isu Dikatakan Tidak Berdisiplin