Sikap pelakon Fizz Fairuz yang dilihat acuh tak acuh untuk berganding bahu dalam kumpulan Apa Kasih Toq (AKT) menerusi Liga Lawak Superstar (LLS) menimbulkan rasa kecewa seorang ahli kumpulannya, Kamal Adli. Kamal berkata, selepas dimaklumkan pihak TV3 mengenai penarikan diri Fizz itu, dia bertambah terasa hati apabila mendapati tindakan Fizz itu disebabkan dia mahu ke United Kingdom bersama syarikat mutiara, Rafflesia.
“Apabila pihak TV3 mengesahkan Fizz terpaksa menarik diri kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, kami akur. Cuma saya terkejut dan terkilan apabila melihat di Instagram miliknya, dia bersama tiga artis lain iaitu Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan Iqram Dinzly menyertai rombongan ke Cardiff yang dibawakan oleh Rafflesia.”
“Itu antara dia dan pihak TV3. Saya banyak berdiam. Saya okay saja. Cuma, memang saya terkejut juga sebab sepatutnya saya yang pergi tapi saya tolak secara baik pelawaan Rafflesia tu sebab nak bagi komitmen pada LLS.
“Tapi tak sangka pula Fizz yang gantikan saya. Jadi bila Fizz maklumkan pada saya yang dia akan tiada pada minggu tertentu kerana dia terlibat dengan rombongan ke Cardiff, saya ok saja. Nak buat macam mana kan…
“Tak dinafi selepas ketiadaan dia, kedudukan kumpulan kami ada sikit terjejas dari segi undian. Lagi pun selama ni Fizz yang mengetuai kami. Walaupun dia tak ada, saya, kak Didie dan Syafiq Kyle tetap cuba buat sehabis baik mana yang kami mampu.”
Sementara itu, semasa Budiey berpeluang menemani Fizz Fairuz & the geng di Cardiff City, Budiey ada mengajukan soalan tentang isu ini kepada Fizz. Menurut Fizz, dia tak mahu komen apa-apa selain mengucapkan good luck kepada Kamal Adli dan beliau meminta maaf dengan apa yang telah berlaku.
Menurut Kamal pula, Fizz ada menghantar pesanan ringkas kepadanya memohon maaf dan memberitahu dia mahu berbincang degan pihak TV3 penglibatannya semua dalam program tersebut.
“Dia ada SMS saya, minta maaf. Dia suruh saya releks saja. Dia akan selesaikan masalah tu. Jadi saya pun releks jer lah. Saya pun tak pasti apa sebenarnya yang berlaku.”
Kamal tidak mahu memikirkan hal berkenaan sebaliknya ingin mencari keserasian bersama Syafiq.
Fizz dan kesemua pelakon berkenaan dibawa menyaksikan perlawanan Liga Inggeris antara kelab Cardiff City menentang Manchester United (MU) di United Kingdom (UK) pada 24 November lalu. Selain Kamal dan Fizz, Apa Kasih Tok turut disertai oleh Didie Alias. Bagaimanapun tempat Fizz telah digantikan oleh pelakon Syafiq Kyle.
Menurut Kamal, disebabkan komitmennya dalam rancangan LLS, dia turut menolak tawaran untuk ke Cardiff tetapi berasa terkejut kenapa Fizz mengambil alih tempatnya sedangkan mereka bersama terlibat dalam rancangan lawak berkenaan.
“Sebenarnya saya pun dijemput oleh Rafflesia untuk ke UK tetapi saya terpaksa tolak kerana komitmen dalam LLS. Saya tak sangka pula tempat saya itu Fizz yang ambil.”
Dalam pada itu, Kamal berkata, dia keliru apabila Fizz menghantar mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkan telah disingkir dalam rancangan itu tetapi pihak TV3 pula memaklumkan pelakon itu yang memohon untuk menarik diri.
Bagaimanapun Kamal tidak mahu terlalu memikirkan hal berkenaan sebaliknya ingin mencari keserasian bersama ahli baharu iaitu Syafiq.
“Dia SMS saya meminta agar saya tenang dan berharap kumpulan kami berjaya sehingga ke peringkat akhir. Saya sebenarnya enggan masuk campur tentang urusan ini kerana ia lebih membabitkan antara Fizz dan pihak TV3. Saya pun tidak tahu situasi sebenar diri Fizz.”
Dalam pada itu Syafiq Kyle yang dihubungi memberitahu pemilihannya menggantikan Fizz dibuat oleh pihak TV3 serta dipersetujui oleh Kamal dan juga Didie.
Kata Syafiq, walaupun kemunculannya dalam rancangan itu dilihat agak kaku tetapi dia akan menggunakan pengalamannya bersama kumpulan Spy Kampung yang telah terkeluar untuk memantapkan lagi AKT.
“Saya akan berusaha untuk memastikan kumpulan AKT ini akan berjaya sehingga ke peringkat akhir.”
Dalam pada itu ditanya mengenai sendirian Fizz dalam Twitter yang mengatakan Syafiq tidak layak menyertai grup berkenaan, pelakon remaja itu bagaimanapun enggan mengulas mengenainya.
“Saya ada baca Twitter itu tetapi biarlah… TV3 yang panggil saya. Jadi, saya terima saja.” – Sumber: Mstar Online