Susulan kontroversi mahu keluar agama Islam itu, ramai netizen meninggalkan komen berbaur ugutan untuk membunuhnya.
Bagaimanapun, ada juga yang mempertahankan Sajat apabila tidak bersetuju dengan tindakan segelintir netizen yang suka menjatuhkan hukum sesuka hati.
“Gila betul orang bangga komen nak bunuh Sajat. Tidak siuman kalau anda rela untuk membunuh seseorang kerana agama.
“Pergi baca balik kitab, sebab tiada langsung hukuman bunuh disebabkan apostasi (keingkaran terhadap agama),” tulis seorang netizen.
Terdahulu, kecoh mengenai satu video memaparkan usahawa kosmetik itu seolah memberi gambaran mahu keluar daripada agama Islam. Sajat mendakwa apa yang berlaku terhadapnya membuatkan dia berfikir untuk berniat menukar agama.