Penyanyi Alyah memohon maaf kepada mana-mana pihak mungkin terasa ekoran kontroversi yang mengaitkan nama beliau, baru-baru ini. Minggu lalu, nama Alyah hangat diperkatakan apabila pihak pengurusannya didakwa telah mengugut mahu meng‘gam’ Utusan Malaysia gara-gara kurang berpuas hati dengan sebuah artikel mengenai dirinya yang tersiar di akhbar itu. Pengurusan Alyah dikatakan mahu memboikot akhbar Utusan Malaysia ekoran tersiarnya artikel bertajuk ‘Alyah Tunggu Pinangan Ramli MS’ di akhbar terbabit.
[dropcap]A[/dropcap]lyah ditemubual media di sesi rakaman Stailista Unplugged yang menggabungkan suara emas dari Dato’ Siti Nurhaliza, Alyah, Najwa Latif dan Shila Amzah. Program muzikal raya ini bakal disiarkan pada musim perayaan ini di TV9.
“Saya mewakili pihak pengurusan dengan rasa rendah diri ingin meminta maaf kepada sesiapa yang mungkin terasa. Daripada isu pereka pakaian, bekas pembantu peribadi saya sehingga perkara yang terjadi sekarang ini, saya mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.”
Pelantun Kisah hati itu agak terpinga-pinga apabila dakwaan itu dilemparkan terhadapnya. Malah katanya, menyedari pihak media banyak menyokong kerjayanya, tidak pernah terlintas difikirannya mahu meng’gam’ media. Apatah lagi sebelum ini dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan pihak media.
“Saya rasa agak terpukul juga kerana saya tak ada masalah dengan media. Walaupun mungkin ada sesetengah wartawan menulis yang kurang baik tentang saya, tapi saya anggap itu kerja mereka. Tetapi apabila keluarnya artikel, Alyah ‘Gam’ Media?…walaupun ianya dalam bentuk soalan, secara tak langsung, saya telah mengguris hati semua orang. Saya tidak pernah menyatakan perkara itu,â€
“Sebenarnya saya berkecil hati kerana cara penulisannya seolah-olah dia bercakap dengan saya, sedangkan saya tidak tahu kejadian tersebut. Tapi pada saya perkara itu boleh diselesaikan, ada cara lain lagi. Cuma apabila baca artikel dia, seolah-olah dia bercakap dengan saya, itu satu perkara yang macam tuduhan. Saya rasa yang menulis tu, menulis dengan perasaan sendiri, bukan dalam keadaan dia bekerja,†ujar Alyah lagi.
“Saya ada juga bertanya dengan pihak pengurusan saya mengenai keadaan ini, apa yang telah terjadi. Tapi apabila diterangkan satu demi satu, saya rasa ‘no point’ untuk cari sama ada siapa menang atau siapa betul. Perjalanan kerjaya saya masih panjang lagi, saya masih mahu berada dalam industri ini. Jadi saya rasa jalan terbaik adalah saya sendiri meminta maaf jika selama ini saya tidak menyenangkan. Saya manusia biasa dan tak mampu nak buat semua orang suka kepada saya.
“Kadang-kadang saya fikir, saya terlalu jujur dengan kerjaya seni saya. Saya terfikir kebanyakkan yang terjadi bukan datang daripada saya sebab saya bukan jenis yang suka cari masalah. Tapi saya redha. Saya dari dulu sampai kini bergerak sendiri, dibantu oleh dua atau tiga orang teman rapat saya. Tahun lepas saya dikejutkan pasal ‘designer’ dan sekarang dikejutkan mengenai perkara ini, saya jadi takut untuk berhadapan dengan apa yang bakal terjadi selepas ini.
Apa yang saya mampu lakukan adalah berdoa semoga saya dapat meneruskan kerjaya seni saya kerana ini adalah punca pendapatan saya. Saya membisu bukan bermakna saya mengiyakan. Sekarang ini saya perlu masa untuk selesaikan banyak perkara dan untuk menguruskan semula kerjaya seni saya yang sebelum ini agak terganggu dan merosot.”
Alyah juga turut meluahkan rasa kecil hati kerana cara penulisan tersebut namun percaya ada jalan penyelasaian untuk menjernihkan semula keadaan.
Alyah juga memberitahu jika ada waktu dan apabila dia sudah bersedia, kemungkinan selepas raya Aidilfitri ini, satu sidang media akan dibuat mungkin selepas raya untuk menerangkan satu-satu bagi memulihkan keadaan.