Malah teori Fynn Jamal yang mengatakan perbuatan wanita menggunakan ‘filter’ dan ‘selfie’ antara penyebab kepada jenayah rogol menarik perhatian penyanyi rap Caprice yang mahukan penjelasan berhubung perkara itu. Berikutan itu, Caprice dan Fynn Jamal membincangkan hal tersebut ketika dalam sesi Instagram Live yang diadakan pada malam, Sabtu.
Tidak hairan apabila nama Fynn Jamal secara tiba-tiba trending di Twitter. Semuanya gara-gara luahan dan pandangan Fynn Jamal berhubung isu rogol. Menerusi tinjauan di Twitter, hampir sebahagian netizen tidak berpuas hati dengan pendapat yang dilontarkan.
Dalam satu posting Instastory di Instagram peribadinya, Fynn Jamal seakan mengaitkan isu rogol dengan tingkah laku kaum perempuan yang seakan ‘mengundang’ jenayah tersebut berlaku.
Ini antara pendapat yang ditulis Fynn Jamal di Instagram Story.
“Saya tidak salahkan mangsa, saya salahkan punca yang jadinya rogol itu.
“Jika anda jadi punca rogol itu berlaku, maka itu anda lah. If tiada, maka bukan berpunca dari anda.
“Sebab perempuan pakai tudung tapi bergambar macam kucing musim mengawan. Jadi orang lain pakai tudung yang kena,”
– Fynn Jamal
Menerusi sesi tersebut, Fynn menjelaskan perkara dan perbuatan seharian yang dilakukan seseorang itu sebenarnya mengundang kepada isu jenayah rogol.
“Benda kita buat contoh seperti TikTok, pakai filter dekat muka, enhance muka sampai tabarruj (berlebih-lebihan). Namun tidaklah bermaksud apabila pakai filter tu kita kena rape, tidak. Ia tidaklah secara terus begitu,”
– Fynn Jamal
Bagaimanapun, penjelasan yang diberikan Fynn dilihat masih membuatkan Caprice keliru dan tidak memahami kaitan antara penggunaan ‘filter’ di laman sosial dan rogol.
“Adakah Fynn sangka semua wanita berhias untuk lelaki. Mak saya bersolek bukan untuk my dad tapi dia mahu feel good.
Tapi bila Fynn kata pakai filter jadi rape, Caprice keliru,”
– Caprice
Perbincangan mengenai perkara itu berlanjutan apabila Fynn turut memasukkan soal al-Quran dan sunnah sehingga menyebabkan mereka perlu mengadakan dua sesi IG Live.
Biarpun berlaku perdebatan dan ia tidak dapat diselesaikan seperti yang diharapkan, namun Caprice menegaskan tiada pergaduhan antara mereka berdua.
Dalam pada itu, Caprice membalas salah satu komen di Instagram miliknya yang bertanya sama ada dia tertekan atau tidak ketika Fynn memberi jawapan berdasarkan Al-Quran dan sunnah.
“Stress juga la waktu itu. Tapi nak buat macam mana. Apa yang dia katakan tentang Quran dan sunnah adalah 300 peratus betul. Kita bukan nak debat Quran, kita cuma nak faham kak Fynn punya cerita secara jelas.
“Saya pun nak bagi pendapat saya di mana jenayah tetap jenayah walau apa pun dan aplikasi filters, FB, YouTube, Netflix, boleh saja guna untuk buat benda baik atau bangkitkan ummah. Manusia saja yang salah guna. Saya fokus pada manusia.
“Dia salahkan sistem dan masyarakat kerana turut bertanggungjawab terhadap jenayah seperti rogol. Bagi saya, perogol mempunyai sakit mental dan gila. Saya tak dapat terima yang ada kaitan dengan kes rogol… disebabkan filter di Instagram.
“Saya minta maaf jika anda tidak setuju. Saya tak soal Quran atau sunnah, jadi bila kak Fynn bangkitkan perkara itu, sudah tentu kita senyap sebab kalau jawab balik akan nampak macam kita tak faham Quran. Jenayah tetap jenayah tidak kira macam mana pun kita pusing,” ujarnya.
– Caprice
Sumber: mStar & IG Caprice