in , ,

Isu Dikecam Peminat K-Pop, Janna Nick Sekali Lagi Mohon Maaf di Melodi

Meskipun sudah membuat permohonan maaf pada Khamis lalu, pelakon dan pengacara popular, Janna Nick sekali lagi tampil memohon maaf ketika muncul di program Melodi tengah hari tadi.

Mengakui perkara berlaku ini tidak mudah dilupakan, Janna berkata apa yang berlakukan akan dijadikan sebagai pengajaran untuk menjadi lebih baik.

Peminat Geram Dengan Janna Nick, Hashtag #jannanickisgoingtojailparty Trending di Twitter

“Saya memohon maaf di atas segala kekecohan yang berlaku sepanjang minggu dan saya mengambil ini sebagai pengajaran buat saya. Kiranya, ini adalah sejarah hitam buat saya dan untuk jadi saya manusia lebih baik lagi, Insha-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Janna menafikan apa yang berlaku sebagai  strategi pemasaran atau pun gimik untuk drama lakonannya kerana drama yang dibintanginya tidak memerlukan strategi pemasaran sebegitu.

Terdahulu, menerusi satu sidang media Janna memohon maaf kepada pihak yang terguris hati dengan tindakannya yang didakwa mempersendakan Lisa Blackpink dengan nama Lisa Blackpig.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bakal Tinggal Kenangan, eCurve Bakal Ditutup 31 Mac Ini Buat Ramai Imbas Memori

The Art Of The Process: New Collection From Puma And Michael Lau