in

Isu Derhaka, Lupa Diri: Najwa Tutup Mulut, Tak Mahu Aibkan Keluarga

Sedang bintang YouTube yang cukup dikenali menerusi lagu Cinta Muka Buku ini bergembira menikmati cuti penggal akhir persekolahannya sambil-sambil memenuhi beberapa undangan nyanyian, Najwa Latif, 17, tiba-tiba timbul isu yang mengaitkan dirinya yang kini menjadi bualan ramai – dia didakwa menderhaka terhadap ayahnya sendiri dan sudah mula lupa diri setelah mencipta nama dalam bidang nyanyian.

Isu itu timbul apabila bapanya, Abdul Latif Ismail bertemu sebuah akhbar dan yang meluahkan rasa sedih serta kecewa apabila Najwa dikatakan telah meminggirkan dirinya sebagai seorang bapa. Bapa Najwa juga mendedahkan anaknya itu kini sudah lalai dalam pelajaran sejak perkara peribadi bergelar penyanyi.

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Najwa berkata buat masa ini dia tidak akan memberi sebarang komen kerana isu yang timbul ini melibatkan keluarga. Kalau dia buka mulut dan bercerita, sudah tentu dia seperti mengaibkan keluarganya sendiri.

Dia juga berasa lega dan gembira kerana para peminat masih tetap menyokongnya, malah ada antara mereka yang turut memberi pandangan supaya saya tidak memberikan sebarang komen terhadap isu tersebut. Ternyata kontroversi yang melanda ini tidak sikit pun menjejaskan kerjayanya.

Dalam perkembangan lain Najwa sedang dalam proses untuk mendapatkan lesen kereta. Selain, pada 15 Disember ini dia akan membuat persembahan pada majlis Anugerah Planet Muzik di Singapura.

Seminggu kemudian dia kembali semula ke Singapura untuk menjayakan showcase Najwa Latif Live In Singapore yang akan berlangsung The Joyden Hall @ Bugis pada 21 Disember ini. Juga bakal mempromosikan single terbaharu berjudul Sahabat. Dan, menyambung semula siri jelajah ke seluruh Malaysia yang sudah bermula awal tahun ini seperti di Perak, Pahang, Melaka dan Johor.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ummi Nazeera & Nazreem Musa di Anugerah Shout! Awards 2012

Shout! Awards 2012 Kuasa Jeritan Yang Ada Kualiti