Seperti yang dijangka, isu Shila Amzah cium tangan Sharnaaz selepas diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menerusi Patah Seribu pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-19, malam Sabtu lalu heboh diperkatakan sehingga mendapat perhatian para media.
[dropcap]B[/dropcap]udiey ada baca banyak komen berupa cemuhan yang dilontarkan di Facebook dan Twitter. Macam-macam yang dicemuh seolah si pencemuh ini adalah Tuhan yang menghukum seseorang. Tapi itu pendapat masing-masing. Kita tak boleh nak halang. Bila ada hati yang cemburu dan dengki, inilah jadinya. Hashtag: #BusukHati.
Itu tak boleh elak. Sikit sebanyak, ianya menimbulkan perasaan kurang senang pada khalayak penonton yang begitu peka dengan isu ini. Ramai penonton yang kecewa dengan tindakan itu dan menganggap ianya tak wajar berlaku di program yang disiarkan secara langsung. Namun perkara itu dah pun berlaku.
Kebanyakan peminat juga menyatakan rasa bingung selepas menyaksikan perubahan imej Shila yang dah bertudung dan ianya dicemari dengan insiden ini.
Jadi, Budiey rasa la kan, Shila Amzah dan Sharnaaz kena kawin cepat-cepat. Bila dah kawin lepas ni, kalau katakan Shila menang anugerah apa-apa pun, peluk cium dihalalkan. Menurut Shila Amzah, dia dan Sharnaaz akan berkawin dua tahun lagi. Tungguuuuu… ya.
[dropcap]B[/dropcap]udiey bukan apa, semasa kejadian berlaku tu, Budiey berada dalam dewan menyaksikan apa yang berlaku dan ianya berlaku depan mata Budiey. Pada saat nama Shila Amzah disebut jadi pemenang Lagu Terbaik tu, Budiey dah jangka dan risau dalam hati, alamak, jangan la pulak jadi kes macam Nabil dan Irma semasa Nabil menang Anugerah Bintang Popular pada tahun 2009 lalu. Aduss, takut la pulak, tiba-tiba Shila Amzah memeluk Sharnaaz. Tapi nasib baik tak berlaku macam tu. Shila Amzah cuma cium tangan dan menganggap itu sebagai tanda hormat adik kepada abang.
[pullquote]”Maafkan saya.”[/pullquote]
Sejurus selesai Anugerah Industri Muzik 19, Shila Amzah diasak pertanyaan media dan Shila telah memohon maaf kepada peminat kerana tindakan spontannya mencium tangan kekasihnya pelakon Sharnaaz Ahmad.
Menurut Shila Amzah, tindakan itu dilakukan secara tidak sengaja lebih-lebih lagi pada ketika itu dia berada di samping orang yang disayanginya apabila pengumuman dibuat. Isu ini tidak perlu diperbesarkan kerana bagi Shila Amzah ia menyifatkan tindakan spontannya itu hanyalah penghormatan adik kepada abang.
[pullquote align=”right”]”Saya ingin meminta maaf atas kekhilafan saya.”[/pullquote]
“Ketika itu saya terlalu teruja dan pengumuman itu dibuat ketika saya berada di samping orang yang saya sayang. Saya sedar hukum agama menyatakan ia berdosa tetapi itu antara saya dengan Allah.”
Mungkin mereka yang mengkritik dan mencemuh saya tidak senang duduk dengan kejadian itu dan menjadikan bahan untuk menghentam saya.”
“Ia merupakan satu pengajaran besar dan saya bukanlah seorang yang sempurna.”
Peminat Shila melahirkan rasa kekecewaan di Facebook dan Twitter kerana perbuatan itu dianggap telah melanggar batasan sebagai wanita Muslim yang bertudung.
Di sini Budiey nak ucapkan tahniah buat Shila Amzah kerana berjaya mendominasikan AIM19 dan inilah zaman kebangkitan Shila Amzah.
Patah Seribu telah menang kategori Lagu Pop Terbaik, sekaligus telah menewaskan 5 lagu lain iaitu Counting Days (Jaclyn Victor), Aku Maafkan Kamu (Malique & Jamal Abdillah), Idola (Azlan & The Typewritter), Doa (Nora) dan Kuasa Cinta (Noraniza Idris).
Tambah Shila, dia juga ingin menjelaskan kepada mana-mana pihak tentang ucapannya yang pertama kali memenangi anugerah di negara ini.
“Apabila saya kata tak pernah menang apa-apa dalam negara sendiri, itu bermaksud tentang karier solo saya. Memang saya ada menang anugerah tapi ia menerusi 3 Suara bersama-sama dengan Ning Baizura dan Jaclyn Victor. Saya sangat bersyukur dengan pengiktirafan tersebut. Saya harap tidak ada lagi yang salah faham dengan kenyataan ini.”
Sementara itu, ketika ditemui selepas majlis AIM, Shila berkata, dia bersyukur dan berbangga dengan penantian 12 tahun sepanjang berada di bidang seni muzik berbaloi lebih-lebih lagi apabila lagu yang diiktiraf itu merupakan hasil ciptaannya sendiri.
“Alhamdulillah, ini adalah rezeki Allah berikan pada saya. Walaupun tidak pernah diiktiraf selama ini, saya tidak pernah kecewa, tetapi ia mungkin satu pengajaran bahawa apa yang ditampilkan selama ini belum cukup kuat.
“Tetapi dalam hati ada juga terfikir bilalah masanya untuk saya mencapai kejayaan seperti rakan-rakan seperjuangan lain. Bagaimanapun saya simpan sahaja perasaan itu dan mengharapkan kemenangan itu berpihak pada saya pula, dan saat itu akhirnya dapat dirasa.
“Terus-terang saya sendiri tidak jangka Patah Seribu dapat diiktiraf ke peringkat yang lebih tinggi kerana ia dihasilkan dalam masa 20 minit sahaja,” ujarnya.
Sharnaaz sebelum ini turut menggemparkan industri hiburan selepas disaman produksi filem Darah Panas, White Merpati Entertainment Sdn Bhd yang mendakwa pelakon itu meninggalkan set pengambaran.