in , ,

Isu Berpakaian Seksi di Good Vibes Weekender, Dolla Tampil Mohon Maaf

Kumpulan Dolla tampil memohon maaf secara terbuka berhubung isu penampilan seksi mereka ketika membuat persembahan pada Good Vibes Weekender, baru-baru ini.

Anggota kumpulan itu, Sabronzo berkata, apa yang berlaku adalah kesilapan mereka sendiri kerana terlepas pandang soal penampilan.

“Kami akan mencuba menjadi yang lebih baik selepas ini. Impak selepas persembahan dari segi maklum balas, kami nak terus pandang ke depan dan menambah baik. Sebenarnya kami lebih risaukan persembahan kerana ia peluang pertama kami beraksi pada acara itu. Jadi, banyak lagi eleman yang nak fokus dan terlepas pandang,”

– Dolla

Dolla ditemui pada Majlis Pelancaran Single Duet bersama Naim Daniel dan Video Muzik lagu Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat, di sini, malam tadi.

Menurut Sabronzo, dia bersama tiga anggota lain terdiri daripada Tabby, Angel dan Syasya akan lebih berhati-hati selepas ini agar insiden sama tidak berulang.

“Kami akan lebih berhati-hati selepas ini. Selalunya untuk setiap persembahan, kami bekerja dengan penata gaya, syarikat pengurusan dan beberapa pihak lain. Apa yang berlaku juga menjadi pengajaran kepada kami selepas ini.

“Kami cuba yang terbaik untuk apa saja selepas ini. Malah, kami juga berharap dapat diperbaiki selepas ini. Sekali lagi kami minta maaf atas apa yang berlaku,”

– Dolla

Pada acara itu, penampilan Dolla itu mengundang kecaman netizen selain membandingkan pakaian mereka dengan penyanyi dari Korea Selatan yang juga ahli kumpulan 2NE1, Lee Chae-rin atau CL yang turut hadir di lokasi yang sama.

Terdahulu menerusi laporan Harian Metro, Dolla menghormati keputusan syarikat pengurusan iaitu Universal Music Malaysia yang mahu mengeluarkan kenyataan secara rasmi daripada pihak mereka sendiri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Bikin Content & Berhubung Dengan TikTok Now

RIZMAN RUZAINI

Koleksi Klasik & Moden Kontemporari Rizman Ruzaini Bridal RTW 2022/23