Masa untuk rileks dan mulakan percutian! Rancangan travelog bersiri MAD MARKETS kini kembali ke saluran TV9 untuk musim ke-3. Buat si gadis, rancangan ini pastinya menjadi sumber tontonan yang menarik kerana selain padat dengan informasi percutian, kelainan rancangan ini adalah mereka akan memperkenalkan kepada anda pusat atau pasar membeli belah yang anda harus lawati.
Bersiaran sejak 6 Januari lalu, rancangan ini juga menerima sambutan baik oleh pengguna media sosial dan menerima trending di seluruh dunia dan Malaysia menerusi #madmarkets. Senaraikan apa sahaja yang harus anda ketahui sama ada pasar terbaik untuk anda mendapatkan barang yang dihajati, makanan enak untuk dinikmati mahupun cadangan lokasi untuk bersantai. Bersiaran selama 30 minit, Mad Markets kembali pada setiap hari Selasa jam 9.30 malam di TV9 bersama pengacara, Elfira Loy.
Bersiaran selama 10 episod, Mad Markets kali ini pastinya lebih segar kerana mereka akan membawa para penonton ke lima lokasi membeli-belah terbaik di lima buah lokasi. Elfira akan ke Taiwan, Thailand, Azerbaijan, Australia dan Jepun ditemani Hanie Hidayah seorang blogger yang sukakan kecantikan dan mengembara.
Dan bila dua gadis ini bertemu pasti kecoh jadinya. Tapi pasti anda juga memerlukan teman sekepala untuk bercuti dan anggap sahaja mereka sebagai rakan karib anda yang bakal memberikan informasi yang diperlukan apabila bercuti di sana. Di dalam setiap episod mereka akan diberikan cabaran menyeronokkan untuk mendapatkan pakaian lengkap dengan bajet yang telah ditetapkan.
Jadi jangan lupa untuk menonton Mad Markets musim ke-3 yang bersiaran setiap hari Selasa jam 9.30 malam eksklusif di TV9. Untuk maklumat lanjut layari www.tv9.com.my dan siaran ulangan di www.tonton.com.my.