Kata Juliana, dia berasa sedih kerana ada pihak cuba untuk mengambil kesempatan di atas kesusahan suaminya, dipercayai ditujukan kepada individu tertentu.
Aku ni hanya ada dia je dalam hidup aku tau. Apa dosa dia sampai korang tergamak buat dia macam tu. Sampai sekarang dia masih percaya korang kawan dia.
– Juliana
Dakwa Juliana lagi, Zamani tidak mendapat sebarang bayaran persembahan dan ada pihak tertentu telah membawa lari wang hasil daripada kutipan konsert tersebut.
Manakala penganjur konsert tersebut, Aalan Ahmad tampil menjelaskan bahawa perkara tersebut telah pun diselesaikan secara baik bersama Zamani pada Sabtu lalu.
Ujarnya, dia berasa terkejut apabila mengetahui tindakan Juliana itu dan memaklumkan bahawa pihak mereka telah menjelaskan semuanya mengenai tiket yang tidak terjual.
Saya dah berjumpa Zamani Sabtu lalu dan menjelaskan semuanya. Saya pun ajak dia pergi kepada pihak penjual tiket.
Saya kata kita datang bersama dan akan tahu berapa jumlah tiket dijual. Saya dah jelaskan semua pembayaran berkaitan dan untung hanya lebih RM4,000 sahaja.
“Saya tak faham kenapa perkara ini berbangkit,”
– Juliana
Kata Aalan lagi, Zamani menerima baik berita itu dan turut meluahkan kekesalan tentang kenapa perkara itu masih berbangkit.