in

Isteri Tidak Sokong Herman Tino Bertanding PRU13

[dropcap]H[/dropcap]arapan penyanyi Herman Tino untuk mendapat sokongan daripada isterinya, Noraini Ibnu, dalam membantunya berkempen musnah apabila keputusannya untuk bertanding di Parlimen Tanjung Karang atas tiket Bebas tidak mendapat restu serta ditentang oleh Noraini.

herman tino

Bercakap kepada mStar online, beliau berkata isterinya yang juga juruhebah di Klasik Nasional kecewa kerana dia mahu mencabar penyandang kerusi Parlimen berkenaan iaitu calon Barisan Nasional (BN) yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

“Saya sedih kerana isteri tidak menyokong keputusan saya untuk bertanding pada pilihan raya ini kerana dia tidak bersetuju saya menentang Noh Omar di Parlimen berkenaan. Keputusan ini telah menjejaskan hubungan kami namun saya sangat berharap dia akan menyokong keputusan saya bertanding di Tanjong Karang.”

Sebelum ini laporan menyebut, penyanyi yang popular dengan lagu Yale Yale dan Pelita Dalam Kabus itu memperoleh wang sebagai deposit untuk bertanding selepas dua rakannya menggadaikan kereta mereka bernilai RM10,000.

Sementara itu, Noraini bagaimanapun enggan mengulas mengenai keputusan suaminya yang bertanding atas tiket Bebas itu.

“Saya tidak dapat mengulas. Terpulanglah kepada dia (Herman Tino),” katanya ringkas.

Selain berhadapan dengan Noh Omar, Herman Tino yang akan menggunakan lambang bunga raya juga berdepan dengan calon PAS iaitu Mohamad Rashdi Deraman, pada pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada 5 Mei ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Nora Danish Ziarah Fasha Sandha & Anaknya

Siti Nurhaliza Bakal Mengundi di Cheras