Akan tetapi, sejak awal pagi tadi, isu ini kembali menjadi kecoh dan trending di sosial media apabila isteri kepada Shuk Sahar telah tampil mendedahkan rahsia rumah tangga mereka yang sudah lama dipendamnya di Instagram.
Dengan beberapa posting yang dibuat oleh isteri Shuk yang lebih dikenali dengan panggilan Sera di Instagram itu nampaknya pergolakan rumah tangga Shuk Sahar kembali hangat diperkatakan apabila Sera membuat dakwaan dengan membongkar cerita Shuk Sahar yang katanya telah curang dan mendedahkan suaminya masih menjalinkan hubungan cinta dengan wanita bernama Fara Salleh.
Kalau kita tengok di Instagram, isteri Shuk ada memuat naik beberapa gambar dan juga video dengan kapsyen luahan hati berkenaan kelakuan curang suaminya.
“Selama ni aku diam dah sabar dan bertahan. Diam demi menjaga aib suami tapi semakin lama diam dia orang semakin menyakitkan hati.
“Satu sibuk mengejar bujang, yang bujang tak sedar diri buktikan dia tak bersalah dan tak ganggu rumah tangga orang.
“Dua-dua tak sedar diri buat aku dan anak-anak macam ni… aku dah cukup tabah, cukup sabar tapi kau tak pernah hargai. Kau tinggalkan aku dan anak-anak dekat rumah siang malam tunggu kau!”
– Rossa Sera
Dedah Sera di IG, dia selama ini hanya mendiamkan diri dan bersabar semata-mata mahu menjaga aib keluarga, namun kesabarannya sekarang ini tidak mampu dibendung lagi.
Bersama kapsyen tersebut, Sera turut berkongsi beberapa rakaman video dia pergi terjah sebuah rumah yang dipercayai rumah Fara Salleh untuk mencari suaminya. dan meminta suaminya pulang ke rumah namun permintaannya tidak diendahkan dan dia dibiarkan begitu sahaja di hadapan rumah tersebut. Sera mendakwa terpaksa beredar dari rumah Fara itu dengan perasaan hampa sebab dihalau ketika tiba di rumah berkenaan.
Sera meluahkan rasa kecewa dengan sikap suaminya itu, memandangkan mereka sudah lama berumah tangga dan mempunyai anak.
Luah Sera lagi, dia berasa sangat lelah dan letih kerana perlu menghadapi dugaan perkahwinan ini. Lebih menyedihkan, Sera berkata dikala orang lain sedang tidur, dia berkeliaran mencari suaminya. Katanya lagi, dia sangat sedih kerana Shuk adalah suaminya namun diperlakukan seperti tiada harga diri.
“Aku sayang kau dan anak-anak, aku tak sanggup berpisah tapi kau hancurkan aku hari demi hari, kau tipu aku hari demi hari… kau tipu aku… aku dah puas menangis.
“Aku ada anak-anak perlu jaga. Terima kasih kerana dah tinggalkan aku dengan anak-anak. Aku dah bertahan sampai saat ini menutup segala cela yang buruk demi masa depan anak-anak.
“Tapi hari demi hari, kau buang aku dengan anak-anak. Malam ni perjalanan aku jauh sangat, orang lain tidur, aku berkeliaran cari laki aku di mana,Â
– Rossa Sera
Sementara itu, Sera mendakwa dia kecewa apabila suaminya tidak bercakap benar demi mempertahankan hubungan bersama wanita lain.
“Kau setiap hari balik menipu aku, kau buat aku dan anak-anak macam tak ada perasaan. Aku dah melutut merayu dengan kau tolong balik pada kami, tapi apa kau buat malam ni?
“Kaki kau pun aku dah cium minta ampun supaya kau balik dengan aku dan anak-anak, esoknya kau buat lagi dan tak ada rasa bersalah pun dalam diri kau, â€Â
– Rossa Sera
Tidak cukup dengan itu, Sera turut mendedahkan dia telah menerima mesej dan dimaki hamun oleh wanita tersebut dengan panggilan yang kasar. Dia juga mencuba untuk menghubungi Shuk, namun tidak berjaya selepas suaminya mematikan telefon. Seraa turut kesal kerana dia sudah lama bersabar dengan sikap suaminya namun tidak dihargai.
Dalam satu perkongsian terakhir, Seraa mengatakan dia tidak niat untuk membuka aib suami atau rumah tangganya, namun tidak mahu maruahnya terus dipijak-pijak dan diperbodohkan kerana selama ini dia bertahan demi anak-anak.
Sehingga ke saat ini, Shuk masih belum memberi apa-apa penjelasan tentang isu kontroversi ini. Dan, ternyata sekarang ini ramai media sedang berusaha untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Shuk tapi khabarnya panggilan tidak dijawab. Hasil tinjauan di laman Instagram Shuk mendapati ruangan komen sudah pun dipenuhi dengan makian dan kecaman daripada netizen.
Sebelum ini, Sera dikatakan pernah berbincang secara baik dengan Fara Salleh. Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Di sosial media sekarang ini, ramai netizen mengecam Fara Salleh dengan menasihati Fara Salleh supaya bertaubat dan berhenti menghancurkan rumahtangga orang. warganet yang membaca luahan hati Rossalennah nyata bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita itu dan berharap dia bersabar dalam menghadapi dugaan ini.
Satu komen yang Budiey petik:
Shuk, jadi la spt edika yusuff yg amat setia dgn istrinya. edika yusuff tu lg ade rupa,sdangkn ko.?? aku x phm pe yg laki nak sbnrnya..pe yang x ckup?
Jangan takut menjanda kalau tak sanggup bermadu. Jgn rendahkan maruah sebagai seorang wanita , ibu dan isteri sehingga terpaksa cari suami yg tak reti pulang rumah sehingga kewat malam. Suami macam lembu yg perlu dihalau masuk ke kandang memang tidak bertanggung jawap. Jika x redha atas perbuatan suami, mohon diceraikan. Hati tak sakit badan tak penat!!
Sama-sama kita doakan semoga segala permasalahan SHUK DAN ISTERINYA dapat diselesaikan dengan baik.