in , ,

“Isteri Pesan, Jangan Senyum Kat Perempuan,” Perkongsian Pu Rizz Buat Ramai Terhibur

Sentiasa mendapat perhatian masyarakat, pasangan yang kini bahagia bersama, Neelofa dan PU Riz menjadi contoh bagi pasangan yang baru sahaja berkahwin.

Siapa tidak kenal dengan Muhammad Haris bin Mohd Ismail,dikenali sebagai PU (Pencetus Ummah) Rizz dan Riz Ismail.

Beliau yang merupakan pendakwah dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

Kini nama beliau semakin meningkat naik selepas beliau bergelar suami kepada pelakon terkenal Noor Neelofa

Dilaman instagram Neelofa terdapat banyak video menarik yang telah dikongsikan untuk tatapan peminat neelofa.

Video mengenai Pu Rizz yang telah membuat kuliah Dhuha yang diberikan oleh Pu Rizz sendiri cukup menhiburkan.

Amboiii ustaz  isteri sayang suami, mesti lah kena pesan gituuuu  *comey lahaiiiii (kalau Lofa tengok live ni tadi mesti dia tersengih-sengih)

KOMEN NETIZEN:

“Gaya.penyampaian ilmu dakwah die serupa cam ustaz Ebit sikit.. Tgk cara penyampaian die teringat ustaz Ebit Lew beri ceramah dlm Santai2

“X sangka Ustad nk cite pengalaman dia.. baru2 kawen kekok lg..la ni saling melengkapkan.. syukur alhamdulillah”

Terdahulu, bibit-bibit cinta antara NeeIofa dan Haris semakin mekar apabila mereka bekerjasama membangunkan sebuah pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pertubuhan Kasih NeeIofa Jun tahun lalu.

Sejak itu, Haris dilihat semakin kerap mengunjungi kediaman keluarga NeeIofa di Damansara bagi tujuan memberi ceramah berkaitan ilmu agama.

Wanita yang pernah tersenarai antara 300 individu dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 bagi kategori E-Dagangan dan Peruncitan oleh majalah perniagaan antarabangsa Forbes itu membuat kejutan pada 15 Oktober tahun lalu apabila mengambil keputusan untuk berniqab.

Tidak sampai sebulan kemudian, wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu mengejutkan ramai apabila dirisik Haris yang juga bekas peserta program realiti keagamaan, Pencetus Ummah pada 1 November tahun lalu.

Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-29 (ABP29) itu pernah mengakui impian perkahwinannya musnah akibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih diteruskan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

NeeIofa sering memuji Riz

Sebelum ini NeeIofa mengakui dia sudah mengenali Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail sejak tiga tahun lalu dan mereka sering bekerjasama dalam program dakwah namun tidak mendapat perhatian.

”Ramai orang yang tidak mengetahui sebenarnya saya dan ustaz Haris (Riz) sudah lama bekerjasama sejak tiga tahun lalu. Saya banyak membuat program yang melibatkan Haris dan juga ustaz Tarmizi.

”Tapi orang tak fokus sangat program tersebut sebab ia tidak melibatkan media tapi hanya untuk peminat saya serta mereka yang terlibat dalam NeeIofa hijab,” katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut tentang keperibadian Riz, bekas pengacara program MeleTOP ini berkata, jejaka itu dianggap sebagai seorang pendakwah muda yang baik, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri.

”Bagi saya dia seorang anak muda yang sangat bijak, ada latar belakang agama selain seorang pendakwah yang bagus.

”Dia boleh tarik orang untuk mendengar tazkirah. Tak semua orang ada tarikan itu,” kata NeeIofa lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muizz Doakan Kebahagiaan Bekas Isteri , Sekali Nadia Brian Minta Pulangkan 19 Kotak

Isu Sandal ‘Muslim Friendly’, Ustazah Asma Harun Bersuara