Terbaru, isteri kepada penyanyi itu hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pagi tadi dipercayai bagi memfailkan permohonan cerai terhadap ND Lala susulan dakwaan suaminya berkahwin lagi.
Memetik mStar Online, Fauziah yang ditemui pemberita bagaimanapun memberitahu tidak tahu mengenai dakwaan suaminya bernikah dengan seorang wanita.
Tak tahu. Lebih baik tanya pada abang ND sendiri. Dia yang tahu,” katanya
Sebelum itu, Fauziah hadir di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Seksyen 16 bersama adik perempuannya, namun diminta ke mahkamah untuk berbuat demikian.
Semalam, perkongsian Fauziah menjadi bualan ramai sekaligus mencetuskan spekulasi sama ada wanita terbabit adalah madunya.
Difahamkan, wanita bernama Siti Munirah bukanlah asing kepada keluarga Fauziah dan suaminya, ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila.