in , ,

Isteri ND Lala Dedah Wajah Seorang Wanita Dengan Gelaran ‘Penyondol’

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai perkongsian isteri kepada penyanyi dan pelakon lelaki era 80-an Datuk ND Lala iaitu Datin Fauziah Sarman menimbulkan persoalan dikalangan netizen.

‘PENYONDOL’. Itu gelaran yang diberikan oleh isteri penyanyi ND Lala, Fauziah Sarman kepada seorang wanita yang didedahkan wajah serta namanya di akaun Instagram miliknya tadi.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, kapsyen dikongsikan ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu mempunyai maksud mendalam.

Menerusi kemas kini berkenaan, dia bukan sahaja mendedahkan wajah wanita yang didakwa perosak rumah tangga malah berserta nama.

Isteri ND Lala Dedah Wajah Seorang Wanita Dengan Gelaran 'Penyondol'

Menerusi hantaran itu, Fauziah turut menyertakan akaun Instagram suaminya, ND Lala.

Sebelum ini bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu terkait dengan gosip pelakon dan penyanyi era 1980-an berkahwin muda.

Pun begitu, Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan Mamazie tidak menjelaskan lebih lanjut siapa dan apa kaitannya penyondol itu dengannya.

Entri berkenaan bagaimanapun mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengesahkan gosip yang selama ini bertebaran ternyata benar.

Sementara itu, hasil tinjauan di Instagram Fauziah mendapati tiada lagi gambarnya bersama suami.

Perkongsian Fauziah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan pendedahan tersebut.

“Makananya yang viral haritu betul la… Ya Allah sedihnya kenapa semua nak sondol laki orang, carilah bujang,” kata salah seorang pengikutnya.

“Bila kesabaran sudah hilang,” rujuk netizen terhadap ibu Shila Amzah.

Tidak kurang juga yang mengkritik wajah wanita yang digelar penyondol itu.

“Aiyo macam makcik-makcik juga,” tulis salah seorang warga maya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan telah bernikah lagi satu secara rahsia sehingga ada netizen mendakwa individu tersebut adalah ND Lala.

Bagaimanapun, adik Shila iaitu Syada Amzah menafikan dakwaan tersebut serta mengatakan ibu bapanya masih tinggal sebumbung dan hampir setiap hari keluar bersama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aedy Ashraf & Amelia Henderson Sahkan Hubungan Kembali Bertaut

SHILA AMZAH

Penyondol Kacau Rumahtangga Ibu, Shila Belum Sedia Beri Komen