in ,

Isteri Fitri Haris, Fazilah Omar Keguguran

Hasrat penyanyi nasyid Fitri Haris menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila isterinya keguguran, Januari lalu.

Biarpun sedih, penyanyi Suara Azam ini reda dengan ketentuan Ilahi. Fitri menyifatkan rezeki masih belum berpihak kepada mereka.

“Apabila dimaklumkan isteri saya hamil, saya sangat teruja. Tidak sabar mahu memiliki bayi kerana anak saya daripada perkahwinan lalu sudah berusia 16 tahun.

“Tetapi hendak buat macam mana, tiada rezeki apabila isteri mengalami keguguran, Januari lalu.

“Cuma saya tidak berkongsi berita itu dalam media sosial. Doakan moga kami diberi rezeki pada masa hadapan,”

Disember lalu, Fitri mengumumkan dia bernikah dengan pengurusnya, Fazilah Omar. Bagaimanapun, Fikri merahsiakan tarikh sebenar dan lokasi majlis pernikahan itu.

Sementara itu, penyanyi berusia 35 tahun ini akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga terpaksa menunda banyak projek termasuk Konsert This Is Nasyid.

“Sepatutnya, pada 12 April ini, saya tampil pada konsert bersama beberapa penyanyi nasyid di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Namun, apabila PKP bermula, projek itu terpaksa ditangguhkan.

“Selain itu, ada persembahan nyanyian dan ceramah yang terpaksa ditunda. Bukan batal kerana ada antara projek itu, saya sudah mengambil deposit atau bayaran pendahuluan.

“Jadi, saya perlu tunggu semua berakhir barulah tarikh baharu dipilih,”

– Fitri Haris

Fitri Haris merupakan bekas juara program Gema Gegar Vaganza musim kedua ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Covid-19 Tersebar Melalui Udara? Ini Sebabnya Penting Jaga Jarak

Instagram Membawa Ciri TONTON BERSAMA, Mesyuarat ala Zoom Meeting