in ,

Isteri Fauzi Nawawi Masih Trauma & Terpaksa Berehat

Mendengar luahan pelakon Lisdawati membuatkan Budiey sendiri memahami perasaan yang bersarang di lubuk hatinya di saat mendepani ujian ini. Apabila kita meletakkan diri kita di tempat orang lain, dan cuba menggambarkan situasi apa yang berlaku… memang membuatkan kita juga akan jadi trauma. Secara peribadi, Budiey sendiri tak suka kena marah, kena tengking kuat-kuat depan orang ramai.

Siapa yang tak rasa malu apabila dilayan sebegitu, kan? Begitulah yang dialami oleh Lisdawati yang pada masa itu kuatkan semangat sambil menggigil melawan emosi. Lisdawati rasa sangat terkejut ketika mendengar Sharnaaz marah-marah dengan menjerit. Semua orang diam masa tu.

Selepas dimarah dilokasi, Lisdawati terus packing dan memandu kereta pulang tanpa melawan atau berkata apa-apa sebab mahu menjaga set pengambaran. Dalam kereta, Lisdawati masih menggigil, menangis dan menghubungi suaminya.

Perkahwinan Taqifah (Lisdawati) dan Azman (Fauzi Nawawi) yang tidak direstui oleh maknya

Sekarang ini, konflik tiga penjuru membabitkan pelakon Sharnaaz Ahmad, Fauzi Nawawi & Lisdawati masih lagi diperkatakan ramai. Media cuba mencari jawapan dengan menghubungi semua yang terlibat. Menurut Fauzi Nawawi seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro hari ini, beliau tak mahu bergaduh sebab beliau hanya seorang pelakon dan bukannya kaki gaduh.

“Saya takkan bergaduh (seperti dicabar), sebab itu bukan bidang saya. Saya hanya seorang pelakon, bukan pejuang atau kaki gaduh.”

Menurut Fauzi, tujuan dia buat laporan polis adalah untuk perlindungan dan keselamatan kepada keluarganya.

Semalam, Harian Metro ada melaporkan Fauzi menerima mesej khidmat ringkas (SMS) berbaur ugutan daripada Sharnaaz Ahmad dipercayai berpunca daripada tindakan Sharnaaz menengking dan menyerang Lisdawati di lokasi pengambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Fauzi meminta penjelasan daripada Sharnaaz mengenai tindakan yang didakwanya sebagai satu perbuatan biadab. Tapi Sharnaaz sebaliknya membalas pertanyaan itu dengan SMS berbaur ugutan dan provokasi untuk menyelesaikan kes secara pergaduhan.

Ekoran dari kejadian itu, isterinya, Lisdawati berada dalam keadaan trauma dan terpaksa berehat daripada lakonan untuk sementara waktu.

“Saya meminta Lis tidak diganggu dulu sebab dia dalam kemurungan dan masih trauma. Apa-apa pun, biarlah saya bagi kenyataan.”

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, polis tidak akan memanggil pelakon Sharnaaz untuk diambil keterangan walaupun laporan polis dibuat ke atasnya oleh Fauzi.

Pergeseran antara Sharnaaz Ahmad dan Fauzi Nawawi hanya bersifat peribadi dan tiada unsur ugutan serta boleh diselesaikan melalui sesi perbincangan.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nisdawati Diserang, Ezany Nizariff Pula Back Up Sharnaaz Ahmad

Andrew Garfield & Emma Stone Join Super Hero Projects For Earth Hour