Isteri Virgoun, Inara memberitahu bahawa Virgoun pernah berzina dengan beberapa wanita bagi mendapatkan khidmat seks.
Inara juga mendedahkan perbuatan curang itu menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya kelmarin.
Antaranya, perbualan Virgoun dan juga perbelanjaan ketika keluar bersama wanita lain di belakangnya.
Malah, Virgoun pernah menulis surat perjanjian untuk tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu namun tetap melanggar sumpah yang dibuat.
Lebih mengejutkan, Virgoun pernah meminta untuk melakukan hubungan intim pada siang hari di bulan Ramadan selain meminta Inara untuk mengambil kurus dan membuka purdah yang dipakainya selama ini.
Saya diminta untuk melayani nafsunya di siang hari ketika bulan puasa, kemana pun dia pergi atau ketika tidak bekerja saya cuba lakukannya demi mendapatkan keredaan seorang suami.
– INARA
Sekadar info, Inara dan Virgoun telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka berdua dikurniakan tiga orang cahaya mata.