Memetik Harian Metro, Suriani berkata dia juga tertanya-tanya serta terkejut apabila diceraikan tiga kali dalam satu masa tanpa sebab.
“Sehingga hari ini saya masih tertanya-tanya kenapa saya diceraikan. Saya terkejut apabila dia melafazkan cerai sebanyak tiga kali dalam satu masa tanpa sebab.
“Saya tak nak komen lebih lanjut mengenai perkara ini. Namun apa yang boleh saya katakan, saya sudah membuat pendaftaran pengesahan cerai di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan pada 16 Disember lalu untuk mahkamah menentukan berapa jumlah talak yang dilafazkan Cat.
“Sebelum ini saya cuba menghubungi Cat sebanyak tiga kali bagi menyelesaikan perkara ini, tetapi dia tidak memberikan sebarang maklum balas. Jadi saya anggap dia memang berniat untuk ceraikan saya dan berharap kes ini akan selesai segera,” katanya.
Menurut Suriani lagi, meskipun sayang dengan perkahwinannya itu, dia reda dengan apa yang berlaku serta memohon penyanyi itu memberikan kerjasama yang baik untuk perbicaraan kes perceraian mereka pada 16 Januari depan.
“Apapun keputusan yang bakal ditentukan nanti saya reda dan anggap kami tiada jodoh. Tipulah kalau saya masih tak sayangkan perkahwinan ini kerana usia pernikahan kami masih baru.
“Malah sepanjang dua tahun berkahwin saya pernah hamil sebanyak dua kali, tapi tiada rezeki apabila saya mengalami keguguran pada tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, Cat Farish berkata mereka sedang berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik. Dalam pada itu, Cat Farish enggan mengulas dakwaan isterinya yang dia sudah diceraikan dengan tiga kali lafaz,
“Tak ada apa yang boleh diceritakan lagi. Apa yang berlaku semua ini, membabitkan saya dan isteri. Keluarga pun tak tahu. Tak pasti juga macam mana orang luar boleh hidu. Itu yang tak syok.
“Kalau saya jawab, isu ini berpanjangan pula. Lagi pula sekarang ini kami mengambil pendekatan untuk berdiam diri dulu. Ditambah pula masing-masing sibuk dengan kerja. Saya juga tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
“Soal lafaz itu sah atau tidak biar mahkamah tentukan. Sebenarnya perkara ini lah yang paling ditakuti dan tak nak berlaku. Siapa yang berkahwin nak cerai kan? Apa pun yang terjadi, saya mohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat kami,” katanya.