in , ,

Isteri Angah Raja Lawak Selamat Bersalin, Dikurniakan Baby Perempuan

Akhirnya impian untuk mendapat cahaya mata termakbul jua. Tahniah buat selebriti terkenal Angah Raja Lawak di atas cahaya mata yang telah disambut dengan rasa syukur.

Pada hari Sabtu lalu, bersamaan 16 Februari 2019, Angah telah mengumumkan kelahiran bayi pertama ini di Instagram miliknya. Penyampai radio Sinar Pagi, Angah Raja Lawak melahirkan rasa gembira tak terkata setelah isteri selamat bersalin dan akhirnya mereka menimang cahaya mata perempuan pada Sabtu lalu.

Angah Raja Lawak

Menerusi entri di Instagram (IG), Angah berkongsi khabar gembira itu dan melahirkan rasa syukur atas kurniaan yang diberikan kepada dirinya.

“Assalamualaikum Aunties and Uncles! Syukur Alhamdulillah semuanya selamat dan di permudahkan, baby A selamat di lahirkan pada 16/02/2019.

“Terima kasih banyak pada semua yang mendoakan, yang bagi kata-kata semangat, petua nasihat dan kepada pihak-pihak yang berbesar hati sponser baby A.

“Have a good day everyone,”

– IG Angah Raja Lawak

Menerusi ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah pada Angah dan isterinya,  Amira Asyura Abd Razak, serta mendoakan kesihatan anak perempuannya itu.

Terdahulu, Angah dan Amira telah mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016.

Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Semoga anak sulung Angah dan isteri membesar dengan sihat dan dicurahkan rezeki yang melimpah ruah. Amin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert REMEMBERING WHITNEY – THE GREATEST LOVE OF ALL di Istana Budaya

Patung Comel Anggota BTS Dilancarkan Bulan April Tahun Ini