in

Isteri Akhil Hayy Mahu Berpisah Tapi…

Kecoh apabila isteri Akhil Hayy yang dah beranak enam, Maizawati Zainal telah tampil meluahkah perasaannya kepada media. Awalnya, beliau masuk TV9 dan semalam, di TV3 dalam Wanita Hari Ini. Khabarnya, Akhil tak pulang ke rumah untuk menjenguknya dan enam anak mereka sejak Februari lalu, menyebabkan dia mahu menuntut cerai.

Terbaru, Akhil Hayy gagal dihubungi oleh media dan syarikat rakaman Inteam Records. Yang kesiannya, ramai peminat menghubungi syarikat rakaman itu untuk meluahkan rasa tak puas hati.Hati mana yang tidak berkecai apabila rumahtangga yang dibina rupanya ada insan ketiga. Pertama kali keluar TV, memang ramai yang cakap Maizawati lebih cantik daripada Waheeda.

Gambar Waheeda (kiri) dan Maizawati (kanan)

Isteri Akhil Hayy Mahu Berpisah

Maizawati muncul bukan untuk menjaja cerita peribadi atau bukan untuk memburukkan sesiapa tapi untuk menamatkan kekusutan yang berlaku. Satu tindakan yang wajar kerana selagi tidak mendengar dari pihak yang satu lagi, selagi itulah cerita yang lebih buruk akan keluar. Sepatutnya isu rumah tangga mereka tidak perlu diperbesarkan kerana dia membuat keputusan mengundur diri dan mengizinkan Akhil berkahwin dengan penyanyi itu.

Dia berkata, kesabarannya mendengar pelbagai cerita kurang enak mengenai suami dan Waheeda dipendam sejak dua tahun lalu selepas tersebar gosip mereka keluar bersama, ditambah pula cerita pergi menonton wayang.

“Walaupun pelbagai cerita saya dengar, selagi tiada pengakuan daripada suami, saya anggap perkara itu tidak serius. Namun, lama-kelamaan ia menjadi semakin parah apatah lagi dengan cerita mereka sudah berkahwin. Saya hanya perhatikan dari jauh dan tidak menyimpan syak hingga suami memohon keizinan untuk mengahwini penyanyi berkenaan. Saya sudah memberikan lampu hijau untuk suami memperisterikan wanita itu dan keputusan sudah dibuat pada Februari lalu. Namun, sehingga kini masih tidak ada jawapan kerana selepas kami berbincang mengenai perkara itu, suami saya tidak memberi kata putus, sebaliknya mengatakan untuk berbincang dengan penyanyi berkenaan.”

Maizawati Tidak Mahu Bersemuka Dengan Waheeda

Maizawati menjelaskan dia tidak perlu bersemuka dengan Waheeda kerana menganggap ia hanya akan memanjangkan lagi cerita.

“Buat apa saya nak bersemuka dengan dia? Kalau nak berbincang, sepatutnya dia datang berjumpa saya sejak pertama kali gosip mereka disiarkan dan meminta maaf serta jelaskan perkara sebenar kerana dia dikaitkan dengan suami orang. Mengapa baru sekarang dia katakan macam-macam seolah-olah saya yang timbulkan masalah.”

Sebagai orang yang beragama, Waheeda sepatutnya tahu batas pergaulan mereka, terutama dengan menjalin persahabatan dengan suami orang.

Imej Ustaz Rock Tercalar

Maizawati bagaimanapun bersimpati dengan nasib menimpa suaminya kerana berikutan isu perpisahan itu, imejnya yang terkenal dengan jolokan Ustaz Rock tercalar.

“Saya kasihan dengan suami saya kerana dia tersepit. Namun, saya tekad membuat keputusan berpisah kerana ia jalan terbaik untuk semua pihak dan meyakinkan diri perpisahan bukan bererti permusuhan buat kami.” – [sumber]

Semoga isu ini diselesaikan dengan cara yang terbaik. Setiap masalah ada cara penyelesaiannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Maizawati Zainal Isteri Akhil Hayy

Album Terbaru Imran Ajmain Punca Dan Tindakan Dilancarkan