in ,

Isteri Abam Bocey Hamil Tiga Bulan

Wah! Ini satu berita gembira buat Abam yang sentiasa menantikan kedatangan cahaya mata pertama. Syukur alhamdulilah. Rezeki datang dari Allah. Sama-sama kita doakan semoga bayi dalam kandungan sihat.

Merujuk kepada laman Instagram, pelawak terkenal, Abam bakal menimbang cahaya mata tahun depan. Sebelum ini, Abam berasa kecil hati apabila kerap ditanya bila isteri nak hamil, pelawak yang berjaya mengurangkan berat badannya akhirnya berkongsi berita gembira dia bakal menjadi bapa.

Abam Nikah

Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 30, berkata, isterinya Siti Norhidayah Mohd Ali disahkan hamil tiga bulan dan ia merupakan berita yang ditunggu-tunggu sejak mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lalu.

Abam Bocey Dapat Anak

“Alhamdulillah rasa macam nak lari laju sambil jerit kuat-kuat. Tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasih atas doa semua,”

Abam dan Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

Abam berkata, dia mengetahui tentang kehamilan isterinya sejak bulan lalu, namun membuat pemeriksaan doktor pada petang Rabu.

Abam Bocey Dapat Anak

“Saya dah tahu lama tapi tadi baru kami ke klinik buat pemeriksaan. Alhamdulillah. Saya tidak kisah lelaki atau perempuan yang penting bayi itu sihat dan semuanya selamat,” – Abam Bocey

Tahniah buat Abam… mesti baby akan comel macam Abam dan isterinya jugak.

Sumber: Mstar Online & IG Abam Bocey

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Filem THE POSSESSION OF HANNAH GRACE

Yang Berlaku di Sidang Media Tergempar Forteen