Pelancaran program tersebut telah dilaksanakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.
Dalam ucapan yang disampaikan, beliau berkata bahawa usaha menghangatkan semula aktiviti seni persembahan pentas untuk tahun 2022 perlu dipergiatkan dan kewujudan ruang-ruang pementasan di Istana Budaya bukan sahaja dapat memberi peluang pekerjaan serta kepuasan berkarya kepada penggiat seni, namun turut menyumbang ke arah kelangsungan ekonomi industri terbabit.
Sebanyak 12 program yang telah dirancang dan disusun untuk mengisi Program Istana Budaya 2022 di mana 5 daripadanya merupakan program terbitan Istana Budaya iaitu “Konsert Lagu Rakyatâ€; ‘Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan Peter & The Wolf and The Carnival of the Animalsâ€, tari “Sulur & Nakasariâ€, dramatari “Ratu Kuning Langkasuka†dan teater muzikal “Jula Juli Bintang Tujuhâ€.
Bagi program luar yang telah mendapat kelulusan untuk dipentaskan setakat ini adalah “Konsert U.K’s Reunion 25 Tahunâ€; “Konsert Seniman Negara Dato’ Seri Ahmad Nawabâ€, “5th Malaysia Golden Global Awards (MGGA)â€, “Thunder – Kaleidoscope VI Drumming Festival 2022†serta tiga teater iaitu “Antara Tigaâ€, “Tanjong†dan “Teater Muzika Moyang Sallehâ€.
Dalam majlis pelancaran tersebut, YB Dato’ Seri Hajah Nancy turut mengumumkan insentif pengecualian cukai pendapatan sebanyak 50 peratus ke atas pendapatan berkanun yang diberikan kepada syarikat yang menganjurkan aktiviti kesenian dan kebudayaan yang telah diluluskan MOTAC dari tahun 2022 hingga 2025.