in , ,

Istana Budaya Bawa PERMATA Seni Muzik Sertai Festival Raffles ke-10

Istana Budaya Julung Kalinya Berjaya Membawa Permata Seni Muzik Menyertai 10Th Singapore Raffles International Music Festival 2024 Di Singapura

Buat julung kalinya PERMATA Seni Muzik (PSM) yang diselaraskan oleh Istana Budaya berjaya menyertai 10th Singapore Raffles International Music Festival 2024 (SRIMF 2024) di Yong Siew Toh Conservatory of Music, Singapore mulai 18 hingga 22 Julai 2024.

Ahli-ahli PSM ini adalah terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 7 hingga 18 tahun mempunyai bakat di dalam bidang muzik serta telah diberi pendedahan dan pembelajaran muzik klasikal menerusi latihan secara berkumpulan (String Ensemble/String Orchestra) oleh tenaga pengajar profesional dalam dan luar negara. Seramai 15 orang anak-anak PSM akan bertanding di bawah kategori Instrumental Ensemble yang diketuai oleh Datuk Mustafar Fuzer Nawi, selaku konduktor untuk kumpulan ini.

Istana Budaya Bawa Permata Seni Muzik Sertai Festival Raffles ke-10 di Singapura

SRIMF 2024 atau Festival Muzik Antarabangsa Raffles Singapura ini merupakan acara pertandingan berprestij menampilkan pelbagai kategori muzik dan terbuka kepada pemuzik muda dari seluruh dunia yang berumur bawah 25 tahun. Ini merupakan peluang terbaik kepada pemuzik muda untuk menonjolkan bakat mereka, jaringan hubungan antara negara dan mengasah kemahiran muzik ke tahap antarabangsa.

Acara ini bukan sahaja platform pertandingan semata-mata, tetapi juga memberi peluang pembelajaran seperti masterclasses, konsert, seminar serta bengkel dan akan dikendalikan oleh pendidik muzik terkenal antarabangsa sepanjang festival ini berlangsung.

PSM mempertaruhkan dua buah karya komposer barat terkenal ciptaan Felix Medelssohn untuk dipertandingankan iaitu String Symphony No.1 in C Major, 1st Mvt dan 3rd Mvt.

“Program PERMATA Seni Muzik ini merupakan program pembelajaran dan latihan seni muzik secara berstruktur yang bermula sejak dari tahun 2010 sehingga kini.

Kami berasa bangga, Istana Budaya buat julung kalinya berjaya membawa anak-anak PSM yang berada di bawah kendalian Orkestra Simfoni Kebangsaan ini ke pentas antarabangsa untuk bertanding bagi mengharumkan nama Malaysia.”

– YBrs. Puan Zubaidah Mukhtar, Ketua Pengarah Istana Budaya

Flag off hari ini menjadikan detik bermakna buat PSM dan Istana Budaya ke ‘Kota Singa’ bagi misi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. PSM dahulunya dikenali sebagai GENIUS Seni Muzik dan telah dikembalikan semula kepada Program PERMATA Seni Muzik pada 2 Ogos 2023. Delegasi kumpulan PSM bersama Istana Budaya ini dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Permata Malaysia (YPM).

Untuk maklumat lebih lanjut, awam boleh layari portal dan di setiap platfom media sosial Istana Budaya atau menghubungi Unit Perhubungan Awam, Istana Budaya melalui e-mel [email protected] atau di talian 03-4026 5555.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AXN Asia & Tourism Malaysia Lancar Program Travelog ‘Unfading Memoirs’

Kejadian Aneh Lepas Jumpa Telefon Nur Farah Kartini, Ini Respon Da’i Hadhari