Perasaan ingin memiliki dan dimiliki untuk saling mencintai dan dicintai adalah satu perasaan yang selalu didambakan dan telah menjadi lumrah bagi seorang manusia untuk mempunyai perasaan itu dalam diri.
Namun seindah mana cinta itu, membahagiakan cinta itu, cinta sering dimusuhi oleh masa. Kerana seberapa lama kita dapat bercinta, mencintai dan dicintai oleh seseorang itu adalah sesuatu yang tidak akan dapat jangkakan kerana apa sahaja boleh berlaku dengan sekelip mata walaupun kita telah bersedia. Cinta yang indah itu juga boleh bertukar duka.
Kekasih Hati versi solo kali ini menceritakan tentang seorang lelaki yang mendapat berita buruk dimana beliau disahkan menghidap penyakit barah di tahap kritikal. Tanpa rela, beliau harus menelan perit dan akur akan ketentuan yang Esa. Lebih memeritkan bagi beliau apabila melihat hati orang yang tersayang remuk akan berita buruk ini.
Oleh itu, beliau membuat keputusan untuk terus hidup dan membahagiakan kekasih hatinya dengan sisa hidup yang tersemat dimana setiap saat mereka bersama beliau iringi dengan doa pada yang Esa untuk jagakan kekasih hatinya sebagai mana dia dijaga oleh pasangannya. Tiba saatnya untuk pergi, hanya doa untuk bersama kembali diiringi. Itu lah cinta sejati yang abadi.
Kekasih Hati versi solo ini akan berada di pasaran pada 26 April 2024 pada jam 5 petang dan ianya mula ditonton secara eksklusif di saluran YouTube MAPMUSIC. Selain itu, lagu ini juga boleh mainkan dan didengari melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok dan juga YouTube Music.
Lirik Kekasih Hati
KEKASIH HATI @issarffan
Lirik: Natasyah
Meski ruang dan waktu pisahkan
Tetapi tidak hati kita
Di sini ku kan selalu berdoa
Untuk mu wahai kekasih
Tuhan tolong jagakan dia untuk ku
Seperti mana dia tlah menjaga diriku
Tulus menyayangi dan mencintaiku
Tanpa lelah tanpa keluh
Biarlah air mata ku ini
Meredam rasa rindu yang sepi
Di dalam hampa jiwa yang sunyi
Memanggil manggil namamu
Tuhan tolong jagakan dia untuk ku
Seperti mana dia tlah menjaga diriku
Tulus menyayangi dan mencintaiku
Tanpa lelah tanpa keluh
Engkau yang tak kan terganti
Di dalam ruangan hatiku ini
Kau terkasih awal akhir
Tuhan tolong jagakan dia untuk ku
Seperti mana dia tlah menjaga diriku
Tulus menyayangi dan mencintaiku
Tanpa lelah tanpa keluh
Tuhan tolong titipkan rinduku ini
Dengan doa yang ku iring saat dia pergi
Aku pasti kan datang untuk kembali
Bersamamu selamanya
Titipkan rinduku…
Producer: Adi Priyo
Composer & Author: Natasyah
Music Arranger: Adi Priyo, Hendra
Vocal Producer: Bob Yusof @bobyusof-official2384
Idea & Concept: Jon Teoh
Cinematographer: Hiew Wei Keat