BAPA saya anak bongsu daripada enam beradik. Dalam keluarga kami, beliau dipanggil Paksu. Jadi, apabila orang ramai terutama warganet meletakkan gelaran Pak Long Mail kepadanya, memang lucu,” kata penyanyi dan pelakon, Dafi, 32, anak kepada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri berkata, mereka sekeluarga menerima baik gelaran kepada bapanya walaupun berasakan ia agak kelakar.
Ramai Panggil Ismail Sabri Sebagai “Paklong Mail”. Dafi Tampil Beritahu Nama Sebenar Gelaran Bapa
“Ada juga yang memanggil papa dengan gelaran Tok Mail. Pada saya, gelaran berkenaan jelas menunjukkan betapa rakyat berasa mereka dekat dengan pemimpin negara.
“Gelaran seperti Pak Long Mail dan Tok Mail ini adalah antara penghormatan rakyat kepada pemimpin yang mana panggilan diberikan itu biasanya hanya didengar dalam kalangan keluarga sahaja,” katanya.
Menurut Dafi yang juga anak kedua daripada empat beradik, dia tidak mampu menafikan populariti diperoleh bapanya sangat hebat ketika ini.
“Sejujurnya, saya lihat rakyat Malaysia ketika ini amat menyenangi pemimpin negara yang baru memegang tampuk pemerintahan.
Ia seolah-olah menunjukkan betapa mereka menghargai usaha kerajaan dalam memerangi pandemik Cov19,” katanya.
Berikutan hari ini bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang memberi kelonggaran dengan membenarkan perjalanan merentas negeri untuk pulang ke kampung,
Dafi berharap masyarakat tidak terlalu bergembira.
Dia tidak mahu rakyat Malaysia tidak leka bahawa Covid-19 ini berada dalam komuniti dan kena terus berhati-hati.
“Jangan lupa juga segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan kerajaan ketika di kampung.
Saya juga sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya tidak ambil mudah terhadap kelonggaran yang diberikan kerajaan dalam usaha kita semua menerapkan normal baharu dalam kehidupan.
“Jaga SOP ditetapkan seperti memakai penutup hidung dan mulut, sentiasa amalkan penjarakan sosial, kerap membasuh tangan dan utamakan kebersihan,” katanya.
Dafi turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat negara ini kerana memberi sokongan penuh kepada kerajaan dalam usaha bersama-sama memutuskan rantaian Cov 19.
“Saya seronok, ada orang menyamakan baju saya dengan kuih muih kerana pada bulan puasa saya faham semua orang fikir pasal kuih,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri.
Beliau menganggap reaksi orang ramai mengenai pakaian dan penampilannya di televisyen setiap hari jam 2 petang itu sebagai sesuatu yang positif.
“Saya anggap perkara ini satu yang positif kerana rakyat pun teliti dengan apa yang saya lakukan. Sebab itu, saya tidak boleh melakukan apa-apa kesilapan, hal seperti baju saya pun rakyat memberikan tumpuan,” katanya dalam wawancara dengan BH di Putrajaya,
Sumber : Harian Metro