Pada beberapa hari lalu, penyanyi muda yang kini tengah hangat dengan kontroversi, Ismail Izzani mendedahkan mata kirinya kini membengkak disebabkan jangkitan kuman. Mak aih! Macamana boleh kena jangkitan kuman tu.
Menerusi Instastory yang dikemaskini semalam, dia menunjukkan keadaan matanya sebelum terbang ke Sri Lanka untuk urusan kerja.
Namun, semalam semasa pembukaan Super Spontan Xtravaganza, penyanyi remaja ini muncul buat persembahan lagu LUAR BIASA.
Memang luar biasa la dik sebab sakit-sakit pun gigih jugak buat performance. Tapi tak pe la, tak effect pun, kan. Yang penting, dah nampak sihat dah tu, kira okay la.
Semoga cepat sembuh dan banyak-banyak berehat la ya. Jangkitan kuman ni tak boleh diambil ringan. Tak kena buat, boleh berjangkitan dan menular.
“Kedua-dua belah mata sudah jadi semakin teruk dan saya akan berjumpa pakar,” – Ismail Izzani
Manakala, dalam kemaskini terbaharu, Ismail memberitahu dia menghidap jangkitan kuman pada selaput membran matanya.
“Threw it away from my left eye, need to rest for a while but still need to work,”
Dalam perkembangan lain pula, Ismail turut mencetuskan teka-teki dengan status di Instastory peribadinya baru-baru ini.
Status yang tular di media sosial itu seolah-olah menyuarakan keluhan Ismail terhadap industri seni dan individu sekelilingnya.
“Dalam dunia industri ini, semua memang nak mencari keburukan sebab semua bangsa Melayu nak jatuhkan bangsanya sendiri,”
Sabar ye. Dah hidup di dunia melenial sekarang ni memang macam tu.