Di dadanya tiada rasa kecewa bahkan lega. Manakan tidak, pada umur sedemikian, masa muda sepatutnya dihabiskan untuk menelaah pelajaran demi mengejar cita-cita dalam hidup.
Pujian harus diberikan kepada Ismail kerana bijak membahagikan waktu sebagai seorang penyanyi dan pelajar pada ketika itu.
Pejam celik, sudah memasuki tahun kelima anak muda itu berada dalam industri seni menghiburkan peminat yang daripada pelbagai usia, khususnya remaja.
Sekitar hujung September tahun lalu, pemilik nama lengkap Ismail Izzani Zainal Nazeri, itu tampil mempertaruhkan single terbaharu berjudul Ada Cara.
“Alhamdulillah. Ada Cara sudah tiga bulan dilancarkan dan berada dalam semua platform muzik digital. Lagu ini boleh dikatakan agak berbeza dengan single yang pernah saya bawakan sebelum ini.
“Genrenya memang berbeza iaitu R&B dan hip hop yang menonjolkan sisi diri saya yang lebih matang dalam berkarya,â€
Akui Ismail yang mula mencipta nama menerusi single perdana bertajuk Sabar, genre utamanya ialah R&B meskipun nuansa balada amat sebati dengan dirinya.
“Lagu Sabar adalah zaman saya ketika saya masih bergelar budak, tetapi menerusi Ada Cara menjadi simbolik kepada kematangan dari segi imej dan muzik.
“Jujurnya, lagu ini merupakan langkah besar untuk saya tetapi sebenarnya sudah sampai masa untuk diri ini melakukan satu perubahan,†ujarnya.
Album sulung
Meneruskan perbualan, Ismail yang juga merupakan anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam memberitahu jika tiada aral melintang dia akan tampil dengan album sulung pada tahun ini.
Jelasnya, sepanjang pandemik melanda dunia sejak tahun lalu, dia dan rakan-rakan sekerja sibuk mengumpul material terbaharu yang akan dimuatkan dalam album tersebut.
“Kalau ikutkan perancangan, album perdana saya sepatutnya dilancarkan tahun lalu. Tetapi disebabkan banyak hal tergendala akibat Covid-19, jadi saya tangguh dulu.
“Tahun ini merupakan yang paling sesuai untuk saya keluarkan album tersebut memandangkan semua lagu sudah siap dirakam.
“Kalau ikutkan, saya ada 15 buah lagu dalam simpanan. Cuma mungkin saya akan pilih lapan atau sembilan lagu sahaja untuk album ini kelak,†ujarnya sambil menambah album berkenaan merangkumi pelbagai genre lagu.
Tambah jejaka berzodiak Aries itu lagi, album tersebut dijangka menemui peminat selewat-lewatnya selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Perniagaan
Ditanya mengenai perancangan masa hadapan selain fokus yang diberikan terhadap kerjaya, Ismail, 21, turut memasang impian untuk mempunyai perniagaan sendiri satu masa nanti.
Katanya, dia kini sedang dalam proses mempelajari ilmu berkaitan perniagaan dan memasang niat untuk memulakan perusahaan sendiri kelak.
“Memiliki perniagaan dan jenama sendiri menjadi impian semua orang. Tidak kisahlah apa jenis bentuk perniagaan pun.
“Kalau ditanya minat dan jenis perniagaan yang ingin diceburi, sudah tentu pakaian menjadi pilihan saya. Sekarang saya masih dalam proses mendalami ilmu bisnes,†tuturnya.
Jika tiada aral melintang, dia memasang impian untuk membuka butik atau perniagaan berasaskan pakaian menjelang tiga atau empat tahun dari sekarang.
Selain pakaian, Ismail juga mempunyai minat mendalam dengan produk berasaskan kesihatan seperti protein, suplemen, minuman dan vitamin.
Tanda setia
Tutup soal kerjaya dan rencana masa hadapan, penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu mengakui sedang selesa menjalin hubungan cinta bersama kekasih hatinya, Shalma Eliana.
Menurut pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu, dia mula mengenali Shalma beberapa tahun lalu dan saling bertukar pendapat mengenai banyak perkara.
“Ya, jujur saya memang selesa berkenalan dan mengenal hati budi dia. Keluarga kami juga kenal antara satu sama lain.
“Bab cincin yang pernah saya berikan dan tular sebelum ini, itu sebenarnya merupakan tanda setia cinta saya kepadanya. Doakan kami,†katanya tersenyum menamatkan bicara.
*Sumber: Kosmo!