SEPI secara keseluruhanya memaparkan pengkisahan sebenar yang dilalui oleh penyanyi Isma Sane, ditinggalkan dan memilih sahabat karibnya sendiri sebagai pengganti. Oleh itu Isma memilih untuk menyepi. Digarap sebaiknya oleh Isma Sane, bait lirik serta susunan muzik yang sesuai bakal membuatkan para pendengar ralit serta mendalami setiap lirik serta melodinya. Manakala dalam susunan plot cerita di dalam muzik video SEPI adalah secara sinematik mengisahkan tentang perhubungan yang terlarang diantara dua alam.
“Lagu SEPI adalah berkisahkan tentang pengalaman percintaan saya sewaktu zaman belajar. Saya mencipta lagu sepi pada 2019 dan waktu itu masih belajar. Proses rakaman vokal lagu sepi memakan masa dua hari,”
“Proses penggambaran muzik video SEPI dijalankan di Hulu Langat memakan masa hanya satu hari,”
Menariknya dalam muzik video ini ialah menceritakan tentang percintaan yang terlarang diantara dua alam. Saya digandingkan bersama Hawa Johanis. Hawa Johanis merupakan ‘influencer’ yang terkenal,”
– Isma Sane
Hasil karya yang terbaru ini adalah gabungan kerjasama diantara BeeGood Music dan Universal Music Malaysia ini diharapkan dapat memeriahkan lagi persada seni muzik tanah air.
Sokongan yang padu daripada semua pihak diharap dapat membuka peluang yang lebih cerah dan boleh terus berkarya dengan hasil-hasil karya yang bermutu dan standing dengan piawaian hiburan antarabangsa.
Besar harapan pelantun lagu SEPI ini serta pasukan produksi untuk melihat hasil karya ini diterima di seluruh Malaysia malah bakal menghiburkan semua peminat di negara jiran seperti Singapura dan Indonesia.
SEPI bakal disiarkan secara rasmi pada hari Jumaat, 8 Januari 2021 di saluran YouTube BeeGood Music, manakala hasil karya terbaru ini juga boleh didengari di semua platform digital seperti Apple Music, Spotify, Deezer, Joox dan YouTube Music pada tarikh yang sama.