PENYANYI Ismaliza Ismail atau Isma (gambar) mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya dengan Astro Entertainment Sdn. Bhd. lebih awal kerana beranggapan kerjaya seninya akan tersekat jika terus bernaung di bawah syarikat rakaman itu. Isma berkata, jika masih di bawah AESB, dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk mempunyai album sendiri kerana perlu menunggu giliran.
“Saya sudah berbincang dengan AESB tentang perkara itu dan mereka bersetuju untuk melepaskan saya. Bukan AESB tidak bagus tetapi saya tidak sanggup untuk menunggu lama,†katanya.
Ujar Isma, dia faham pihak AESB mempunyai bilangan artis yang ramai dan agak mustahil mereka dapat melayan semua artis itu sama rata.
Sehubungan itu Isma berkata adalah lebih baik dia membuat keputusan keluar daripada syarikat rakaman itu dan memilih untuk bernaung di bawah Heliza Helmi Production Sdn. Bhd. (HHP) yang dimiliki oleh penyanyi Heliza.
“Ketika saya berhadapan dengan masalah untuk menguruskan perjalanan seni saya, saya bertemu dengan Heliza dan dia menawarkan saya menjadi artis di bawah syarikat rakamannya,” ujarnya yang secara rasmi keluar dari AESB pada April lalu.
Jelas Isma, dia mahu perjalanan kerjayanya seiring dengan perkembangan syarikat HHP yang mana mereka masing-masing baru mula bertapak.
Katanya selepas menandatangani kontrak dengan HHP, syarikat rakaman itu sudah pun melakukan tindakan pantas dengan membuka peluang kepadanya untuk menghasilkan sebuah “single†terbaru berjudul Aku Bukan Pilihanmu . Lagu ciptaan Mohd Atlas itu sudah dimainkan di corong-corong radio.
“Saya suka lagu-lagu balada walaupun trend sekarang lebih kepada lagu-lagu yang rancak dan catchy. Kalau boleh saya mahu kembalikan zaman-zaman kegemilangan lagu-lagu seperti Fauziah Latif, Ziana Zain dan sebagainya,” katanya.
Ibu kepada lima cahaya mata ini juga memberitahu kesibukannya menguruskan kerjaya seni tidak pernah menyebabkan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu terabai.
“Saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa seorang ibu seperti saya juga boleh berjaya. Tapi saya tetap sedar tanggungjawab sebagi isteri dan ibu tidak boleh diabaikan.
“Namun pada kebiasaannya saya sibuk setiap hujung minggu sahaja tetapi pada hari-hari biasa saya ada bersama mereka,” katanya.
Isma AF7