Perindahkan diri anda dalam pilihan gaya baharu sempena sambutan Hari Raya ini dengan koleksi Neo Raya 2024 dari Isetan KLCC. Seiring dengan detik perayaan Aidilfitri yang bakai tiba, Isetan KLCC dengan bangganya mempersembahkan Neo Raya, sebuah koleksi kompilasi fesyen dan gaya hidup yang bersimfonikan tradisi dalam sentuhan serba baharu dan moden.
Bukan sekadar kempen, Neo Raya ialah satu revolusi fesyen yang mengangkat naratif kesegaran dan gaya yang berfikiran ke hadapan, berbanding dengan kempen tahun lalu yang bermotifkan flora. Neo Raya merupakan sebuah lembaran fesyen baharu yang disulam dengan inovasi namun masih berteraskan bebenang tradisi.
Untuk tahun 2024, terdapat lebih daripada 25 koleksi Hari Raya yang diketengahkan oleh rangkaian jenama hebat tempatan. Bermula 1 Mac sehingga 14 April, bersedialah untuk terpesona dengan koleksi yang mampu mendefinisikan semula fesyen perayaan.
Kempen ini diserikan oleh barisan jenama-jenama terkenal yang berkembang seiring dengan keutuhan Isetan KLCC, termasuklah Naelofar, Ameera Zaini, Mimpi Kita, Larney, Rico Rinaldi, Variante, Tuan by Tengku Kery, NAWY, Petit Moi, Umbi Kids dan banyak lagi.
Setiap jenama unggul ini mengetengahkan koleksi Raya terkini dan eksklusif untuk wanita, jejaka dan tidak ketinggalan juga untuk si kecil.
Memandangkan permintaan terhadap pilihan baju Raya istimewa kekal tinggi saban tahun, Bahagian Jualan Pakaian Wanita Isetan KLCC secara eksklusif membawa kembali jenama- jenama tamu yang sering menjadi kesukaan para pelanggan semasa kempen Raya berlangsung.
Antara jenama terbaik yang kembali memeriahkan kempen Neo Raya ialah PETRA, Fuzana Mokhtaza, KREE, Putih, Cakenis, Amber, NADA, Kissah, Eloque, Thea KL dan pelbagai lagi.
Pengurus Besar merangkap Pengarah Jualan dan Barang Dagangan Isetan KLCC, Encik Kenishiro Asako berkata, “Misi utama kami adalah untuk mengangkat Bahagian Jualan Pakaian Wanita Isetan KLCC sebagai satu hub fesyen yang unggul melalui pilihan gaya yang pelbagai, lantas memberi satu definisi baharu kepada destinasi membeli-belah.
Kempen Neo Raya 2024 merayakan warisan lampau yang diberi sentuhan kontemporari bagi memastikan setiap busana mencipta memori Raya yang terindah.”
Selaku peneraju utama Isetan KLCC, Encik Kenishiro Asako berharap agar padanan fesyen dan gastronomi serta tumpuan jenama tempatan terbaik sepanjang kempen Neo Raya berlangsung mampu menjadikan Isetan KLCC sebagai destinasi membeli-belah utama untuk seisi keluarga.
Tahun ini, Isetan KLCC meneruskan kempen digital melalui media sosial dengan menampilkan enam ikon fesyen dan gaya hidup terkenal iaitu Izzue Islam, Dr. Say Shazril, Qalisha Ray, Fatin Noraisyah, Akhmal Hizzat dan Erin Adlina. Para pempengaruh ini bakal memberikan impak yang dinamik dalam menjayakan kempen Neo Raya ini.
Dirancang secara khusus untuk kempen tahun ini, para pengikut platform Instagram Isetan KLCC berpeluang untuk turut serta di dalam pertandingan tag dan menang Pertandingan Pengalaman Membeli-belah #NeoRaya bersama Izzue Islam di Isetan KLCC. Empat pemenang bertuah akan memenangi baucar membeli-belah bernilai lebih dari RM1000 untuk menyambut Neo Raya bersama Isetan Kuala Lumpur 2024.
Terdapat lebih banyak acara promosi menarik menanti pelanggan Isetan KLCC semasa kempen ini berlangsung. Antaranya ialah Majlis Berbuka Puasa (Iftar) di The Oriental Park, Isetan KLCC untuk 20 pelanggan Isetan KLCC dengan nilai pembelian tertinggi serta Peraduan Beli & Menang di mana pelanggan berpeluang memenangi SMEG Toaster bernilai RM1500 dengan pembelkin minimum RM500 dan ke atas di Bahagian Jualan Pakaian Wanita.
Selain itu, pelanggan yang membelanjakan minimum RM800 secara keseluruhan pada hari yang sama akan menerima beg tote edisi terhad Isetan X Mimpi Kita sambil mereka juga boleh menebus sampul duit raya edisi khas Neo Raya. Semua promosi ini berlangsung dari 1 Mac sehingga 31 Mac 2024.
Sertai kami di Isetan KLCC dan perindahkan diri anda dengan koleksi Hari Raya yang eksklusif. Neo Raya 2024 bukan sekadar kempen – ianya ialah pengalaman membeli-belah dengan pilihan yang serba baharu, unik dan terbaik. Mari raikan Hari Raya ini dengan penuh bergaya bersama Neo Raya.
Apakah erti Hari Raya tanpa aksesori istimewa yang menjadi padanan indah busana Hari Raya? Istimewa tahun ini, Megan Jewelry, perintis jenama emas 916 di Kuala Lumpur akan menyertai Isetan KLCC buat pertama kalinya. Sebagai tanda penghargaan atas sokongan rakan media yang tidak terhingga kepada Isetan KLCC, Megan Jewelry telah bermurah hati untuk menghadiahkan seutas rantai tangan emas 916 bernilai RM2000 sebagai hadiah utama dalam sesi cabutan bertuah untuk tetamu media yang hadir pada Majlis Pelancaran Neo Raya 2024.
Tentang Isetan Kuala Lumpur
Isetan telah menandakan jejaknya di Malaysia melauikedai pertamanya di Lot 10 pada Oktober 1990 dan sejak itu dibuka di Suria KLCC pada Mei 1998, TheGardens Mall pada September 2007 dan 1 Utama Shopping Centre pada April 2012.
Pada September 2022, Isetan The Gardens Mallmenjalani transformasi baharu yang memberi penekanan pada penyediaan pelbagai jenama berkualiti tinggi dan perkhidmatan terbaik. Antara tambahan pada kedai yang telah diubah suai ialah pengenalan “The Table”, sebuah konsep makan yang mula-mula mendapat populariti di The Japan Store Isetan. Pengalaman kulinari yang inovatif ini mempersembahkan pilihan makanan dan minuman Jepun yang asli dan premium, disertai dengan kedai konsep baharu yang menawarkan masakan yang unik dan lazat.
Isetan Kuala Lumpur, destinasi gaya hidup utama, sangat teruja untuk mengumumkan penampilannya yang diubah suai dan pilihan jenama dan produk yang dikemas kini. Walaupun masih mempamerkan fesyen, aksesori dan makanan Jepun yang terbaik, Isetan Kuala Lumpur telah berkembang untuk menawarkan rangkaian jenama yang lebih komprehensif, memenuhi keperluan semua pelanggan.
Selaras dengan permintaan dan pilihan pelanggan yang sentiasa berubah, Isetan Kuala Lumpur kini menawarkan kaleidoskop produk yang menarik dan kategori yang lebih meluas. Falsafah Isetan Kuala Lumpur berpegang utuh dengan penyediaan kualiti dan reka bentuk terbaik yang tersedia kepada pelanggannya.
Isetan Kuala Lumpur bersiap sedia untuk menyambut ulang tahun ke-35 di Malaysia dan tetap komited untuk menjadi kedai fesyen gaya hidup menyeluruh. IsetanKuala Lumpur kekal
menawarkan produk bernilai untuk wang dan membangunkan barangan asli yang memenuhi gaya hidup pelanggannya yang semakin canggih.
Selaras dengan era digital baharu, Isetan Kuala Lumpur merancang untuk bekerjasama dengan lebih ramai pempengaruh dalam talian bagi menarik minat pelanggan milenium yang lebih luas.
Maklumat lanjut mengenai Isetan Kuala Lumpur boleh didapati di www.isetankl.com.my