Namun, seakan ada kejutan plot twist, Naufal yang memperoleh 38 markah keseluruhan boleh menarik nafas lega apabila juri tetap Big Stage, Ajai dan Aina Abdul menyelamatkan kedudukannya dengan menggunakan Imuniti X.
Dalam menarik nafas lega penggunaan Imunti X itu memberi mimpi buruk buat Isaac Voo apabila beliau harus mengantikan penyingkiran Naufal pada konsert minggu kedua itu.
Persembahan Isaac, 28 tahun, yang menyampaikan lagu Terhangat Di Pasaran (KRU) gagal menambat hati juri pada malam tersebut hanya mendapat 36.33 markah secara keseluruhan.
Selain Isaac dan Naufal peserta yang turut menduduki tangga tiga terbawah adalah Aufahanie yang memperoleh 37 markah selepas menyampaikan lagu Nang nyanyian asal Iman Troye.
Pada masa sama, persembahan bertenaga daripada Nadeera Zaini yang menyampaikan lagu Levitating nyanyian asal Dua Lipa membuahkan hasil apabila beliau diumumkan sebagai pemenang anugerah Dominasi Persembahan Terbaik dan juga menduduki tangga tiga teratas, menurut Astro Awani.
Bagi minggu ketiga, kesemua 12 peserta diberikan cabaran untuk menyampaikan lagu bertemakan “Asmaraloka”.
Selain Ajai dan Aina Abdul, mereka turut ditemani dua juri jemputan iaitu Ryan Bakeri (Presiden Netizen), dan penyanyi Indonesia, Andmesh Kamaleng sebagai juri jemputan.
Andmesh turut menyampaikan lagu, Cinta Luar Biasa sebelum segmen penyingkiran perserta dilaksanakan.
Plot Twist Big Stage Minggu Ke-2, Juri Guna Imuniti X Selamatkan Naufal, Isaac Voo Tersingkir